DAGING

Daging Masak Hitam

12:29 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Dulu sebelum masuk uni, aku ni makan daging bila mak masak je. Itupun saat hari raya. Kalau g rumah orang memang tak pernah nak sentuh. Lepas masuk uni, ada satu kedai makan dalam uni tu masak daging. Kali pertama aku beli, esok lusanya aku beli lagi. Sedap sangat. Sejak tu la aku pandai makan daging dan berjinak-jinak dengan hidangan daging di rumah orang.

Dan oleh kerana hidangan dia jual sedap sangat, sampai aku tahu bila waktu dia mula letak daging tu untuk dijual. Kalau kelas habis jam 11pg, memang sempat merasa sebab baru letak. Kalau habis jam 12 tgri, memang tinggal saki baki je. Bila ku tanya masak apa, makcik penjual tu kata 'Daging Masak Sate'. Sampai la ni aku cari resepi tak jumpa. Tapi aku ingatlah rasa dan bau hidangan tu. Alhamdulillah resepi ni sama rasa dengan hidangan tu. Tapi hubby bagi nama daging masak hitam, aku layan saja...Alhamdulillah


Daging Masak Hitam
Resepi: melinblossom

Bahan:-
200g daging batang pinang - hiris nipis
1 sk serbuk ketumbar
1 sk jintan putih
1 sk jintan manis
2 sb cili kisar
1 sb kicap pekat
2 sb kicap manis
1 sb gula merah
2 sb gula pasir
1 sb cili merah
1 sk biji ketumbar
Air, garam secukupnya

Bahan kisar:-
3 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
7 bj cili padi
2 batang serai
1 in lengkuas

Cara:-
1. Panaskan minyak tumisan. Tumis bahan kisar hingga kekuningan.
2. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kacau
3. Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan pula kicap pekat, kicap manis, daging dan air.
5. Setelah daging empuk, masukkan gula merah, gula pasir, biji ketumbar dan garam. Sesuaikan rasa
6. Setelah pekat kuahnya, masukkan hirisan cili merah.
7. Setelah hampir kering, boleh lah diangkat. Hidang dengan nasi panas.

You Might Also Like

7 comment

  1. sedap tu...kalau sy yg dpt ni mau menambah nasi...

    ReplyDelete
  2. Daging dah mmg peberet...msak je apa pun....ttp sy suka...;-)
    nape yg smpi x bole mkn daging selain mak msak tu...? Cam pelik lak bnyinya...nasib la mcik kedai tu pecah tradisi yek....hihi....

    ReplyDelete
  3. [asyifa mustaffa] - Sebab pernah g makan rumah orang, dagingnya macam berbau. Itu yang terus tak selera tu..Memang makcik tu pemecah tradisi..uhuuu

    ReplyDelete
  4. mel klu dpt dimakan bersama nasi pns sedapni...

    ReplyDelete
  5. gandingan kicap+jintan+ketumbar.. mmg marbeles! elok hitam pekat kaler dia, mmg sesuai ngan nama yg hubby yu kasi. hihi

    ReplyDelete
  6. Daging masak hitam memang sedap Mel... makan je dengan nasi panas putih, tak yah dah cari lauk lain.

    ReplyDelete
  7. wah bestnyer mel...ni kalau makan nasik panas2 mmg mabeles...

    ReplyDelete