NASI

Nasi Ayam Hainan

5:34 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Tazkirah yang berkesan sangat dalam hati. Rasa insaf sangat-sangat.

Hati ini umpama gulai. Maka lidah ini adalah senduknya. Jadi senduk akan sentiasa menyenduk gulai tersebut. Kalau gulai ini basi, maka senduk akan menyenduk gulai yang basi. Kalau masin, senduk akan menyenduk gulai yang masin. Maknanya lidah kita hanya menyenduk apa yang ada dalam hati, mengeluarkan apa yang ada dalam hati. 

Kalau hati busuk, itu jugalah keadaan lidahnya. Kalau hati baik, itu jugalah keadaan lidahnya. Nak tahu hati seseorang, lihat apa dia cakap. ~ Tanyalah Ustazah. Jumaat 11.30 pg TV9

Jika sudah tersalah cakap, mengumpat orang, taubat nasuha banyak-banyak. Ya Allah semoga diberi kekuatan untuk kami menjaga lidah.*Audit diri*


Alhamdulillah satu lagi menu yang boleh dimasukkan dalam list 'Menu Kedai'. Nama menu ni hubby yang bagi. List ni aku buat supaya lepas ni boleh buat lagi berulang-ulang untuk family. Banyak juga juadah ada dalam list ni. InsyaAllah sedap. Ayam ni memang sedap lagi-lagi tang luarnya yang hitam-hitam tu.

Mel lebihkan cili padi dalam sambalnya baru selera makan. Disertai dengan ulam salam dan timun saja. Nak buat pun rasa senang, tau-tau je eh dah siap. Mungkin sebab ayamnya dah disediakan sehari awal. Syukur alhamdulillah.


Nasi Ayam Hainan
Sumber: patyskitchen

Untuk Ayamnya
1 ekor ayam
4 ulas bawang putih di tumbuk kasar
1-inch halia dibuang kulit dan hiris halus

Perap:
3 sdb kicap cair
1 1/2 sdb madu
1/2 sdt Chinese five-spice powder
1/2 sdt minyak bijan
1/4sdt garam
3 sdt serbuk lada putih (lada sulah)

Untuk Kulit: - mel x buat
1 tablespoon Chinese rice vinegar (clear in color)
1/2 teaspoon honey

Caranya
1. Bersihkan ayam dan lap keringkan.

2. Satukan bahan perap dan ratakan atas ayam. Masukkan bawang putih dan halia dicelah-celah ayam dan kemudian masukkan ke dalam bag ziploc. Masukkan bahan perap dalam bag ayam tadi dan perap semalaman. Boleh balik-balikan plastic untuk pastikan semua bahan sama rata.
3. Keesokan paginya ambil bahan sapuan, keluarkan ayam dari plastic dan buang bawang putih dan halia. Masakkan air panas dan mandikan ayam tadi dengan air panas. Lap dan keringkan ayam. Biasanya digantung macam di kedai nasi ayam biarkan lebih kurang 3 jam. [ mel letak atas penapis dan biar bawah kipas 30 min ~ xsempat lama2.uhu ]
4. Panaskan oven 400 F. Masukkan roasting pan dan bakar ayam selama 15 minit dan balikkan panggang lagi sehingga kekuningan. [ mel bakar 15 min 180C, angkat dan panggang kejap atas nonstick pan]

Untuk Nasinya
4 cawan beras panjang
5 bii bawang putih
1' halia
1/2 pati ayam
4 cawan air rebusan tulang ayam
2 helai daun pandan
garam secukup rasa
2 sdb mentega

Cara Membuatnya
Basuh beras dan ketepikan
Panaskan mentega dan masukkan daun pandan.
Tumis bahan tumbuk (halia dan bawang putih)...tumis sehingga naik baunya.
Masukkan air stok ayam dan sedikit chicken stok maggi dan garam
Masak sehingga nasi masak.

Untuk Membuat Sambalnya
11 bii cili merah
7 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Blend semua bahan sehingga halus dan pastikan rasanya cukup dengan garam, masam dan manisnya

Untuk Membuat Sos Halia
75 g halia
3 ulas bawang putih
3 bii limau kasturi
garam secukup rasa
5 tbsp chicken stock

Blend semua bahan dan pastikan secukup rasa

Untuk Membuat sos kicapnya
5 sdb sos tiram
5 sdb kicap cair
5 sdb kicap pekat
air stok ayam...
3 sdb minyak bijan
3 sdb minyak bawang putih

cmpurkan semua bahan

Untuk supnya
Air rebusan ayam

Pati stok ayam
garam secukup rasa.

Untuk menghidangnya

nasi
timun dibuang kulit dan dihiris
salad
buah tomato
letakkan ayam curahkan sos kicap dan hidang bersama sos halia, sos cili dan sup

You Might Also Like

8 comment

  1. salam mel..

    uiyoo..sedapnya..nasi ayam ni kegemaran saya ni..ish..ish...rasa nak ikut juga cubit ayam tu..heheh..

    ReplyDelete
  2. as salam... sedapnya nasi ayam tak ingat dah bila last buat nasi ayam tapi memang bertambah tambah makan hihi maklumlah buat sendiri kan ..berselera makan tappi nasi ayam hainan ni x cuba lagi .. tengok nampak sedap ke bahan untuk perapan dgn five spice :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mel :) u nyer n3 kan, sure few hours after u published baru masuk kuar kat ai nyer dashboard n blog. pelik pelik..
    nway.. all time favourite, semua jenis nasi ayam tun suka.

    ReplyDelete
  4. [tun_telani] - wsalam..haru gini..di dashboard ai jam tu gak kuar..ape telah ku buat dengan blog ni sampai jadi gini setting..waaahhh

    ReplyDelete
  5. sy manusia biasa yg kadang tdk juga pandai utk mendidik lidah....moga sntiasa kena ingat mengingati apa yg Mel kongsikan...

    Nasi ayam klau kat umh ni..kena kaler kuning...klau x....bdak2 ni msti bnyk tnya....sebab slalu diaorng tgk nasi ayam kan kalernya kuning....mcm2 kan...

    ReplyDelete
  6. mel sdap nmpk nasi ayam hainan ni...blum penah cuba ni...teruja pulak nk cuba...

    ReplyDelete
  7. [ asyifa mustaffa] - tula sis, mel pun belajar sikit2 disiplinkan diri kawal lidah..insafkan diri selalu


    [ Umie Jazz ] -kena cuba ni kak.jadi kegemaran mel dah ^^

    ReplyDelete
  8. Nasi ayam hainan mmg mudah, anak2 pun suka. Masalah anak kakpb pula kurang mkn ayam...hemm...ibuayah ler yg mengabiskannya.

    ReplyDelete