NASI

Nasi Ulam

8:02 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hubby tiada. Berkursus di KL tiga hari. Jadi aku ni sama pesen macam jiran aku yang beranak tiga seberang jalan ni. Kalau hubby takde, malas masak. Bukan pe makan sorang2 tak seronok. Takut membazir juga satu hal.hihii

So hari ni buat nasi ulam saja. Alhamdulillah. Ulamnya tak banyak, apa yang ada di rumah ni je. Satu lagi aku dok kesian tengok pokok cekur merimbun sangat tak tahu nak buat apa. Kalau buat nasi ni bolehlah amik sikit2.. Alhamdulillah


Nasi Ulam
Resepi:  melinblossom

Bahan:-
2 mangkuk nasi putih
*1 helai daun kunyit
*1 helai daun limau purut
*1 helai daun pandan
*1 helai daun cekur 
*1 kuntum bunga kantan
*Secekak daun kesum (*Buang urat tengah jk ada dan hiris halus)
1 sk lada hitam
Garam
Daun sup, daun bawang - hiasan
Keropok ikan, timun, ikan bilis, telur

Bahan kisar:
7 bj cili padi
2 bj bawang merah
2 ulas bawang putih 
1 btg serai
1 in belacan

Kaedah:
1. Tumis bahan kisar dalam minyak tumisan hingga keperangan.
2. Masukkan lada hitam.
3. Masukkan nasi dan ulaman. Gaul sebati
4. Perasakan garam. Tabur bahan hiasan sebelum hidang.
5. Hidang bersama keropok ikan, timun, ikan bilis atau telur

Biasa mel letak daun salam, daun selasih tapi hari ni takde stok pula.

You Might Also Like

5 comment

  1. Assalamualaikum mel sedap nmpk nasi ulam tu dh lama x mkn...

    ReplyDelete
  2. Your rice looks extra yummy with the anchovies topping.

    ReplyDelete
  3. kite suka bau cekur ni ! kalau buat urap, sedapnya. tapi nasi ulam cenggini tak pernah try lagi. hihii

    ReplyDelete
  4. Salam mel.. tun pun kalau hubby xde mmg dapur xberasap. malas bebenor.. nx week hubby outstation 2 minggu!! meroyan laaaa duk umah ni sorang2.. uu uuuu...
    pokok cekur tun pun merimbun, kesian betul nengok sendat duk dlm pasu, tp mmg xtau nk masak ape. last2 sama mcm u jugak, amik letak dlm nasi goreng. hihi

    ReplyDelete
  5. sedap tu. sy rasa ramai org cam tu, bila hb xde @ meeting/blk lewat automatic tak suka masak beria-ia. Penyelamat selalunya nasi goreng pelbagai jenis...anak2 ok jek tak cerewet.

    ReplyDelete