بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang tengah berazam nak belajar cipta resepi sedap2 untuk keluarga. Tapi resepi lauk pauk je kot. Sebab kami kan tak suka manis. Bila buat kek/kuih ke rasa bersalah masa makan. Yela manis, gula banyak. Macam mencederakan diri sendiri. Boleh giteww? Pendapat aku laa..^^
ohoooo layanlah resepi hidangan tengahari semalam. Tercipta semalam, hari ni tulis resepi, kang lupa. Oleh kerana sedap, membawa sampai ke malam. Memang langsung takde baki nasi, ayam semua. Licin sampai hubby kaut2 nasi dalam periuk.. uhuu.. Alhamdulillah
Nasi ni dimakan dengan ayam goreng berempah dan sambal belacan tumis. Sambal ni memang sengaja ditumis sebab hubby lebih gemar yang begini. Aku jenis tak kisah, mana2 pun boleh. Tapi apapun hubby menjadi keutamaan, jadi harus ditumis. Oleh kerana dah ada carrot dalam nasi, jadi makan dengan timun saja sebagai ulaman. Selamat mencuba!
Nasi Kukus Beriani
Resepi: mel
Bahan-bahan:-
2 pot beras
1 batang cili hijau - belah 4
2 batang daun selasih
1 sk lada hitam
1 sk rempah beriani Adabi - bancuh dengan sedikit air
1 sk pati ayam - Knorr
1/2 cawan carrot
1/2 cawan kismis
1/2 cawan gajus - sangai
1 sb minyak masak, 1 sb minyak sapi
Beberapa titik minyak bijan
Daun sup, daun bawang
Bahan tumis:-
3 bj bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 in halia - hiris
1 batang serai - titik
1 helai daun pandan - ikat
Rempah tumis - 4 sekawan
Cara:-
1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga kelayuan.
2. Masukkan lada hitam, bancuhan rempah beriani, pati ayam, garam dan minyak bijan.
3. Masukkan nasi, cili hijau, daun selasih, carrot dan air. Kacau sebentar sebelum dialih ke periuk kukusan.
4. Setelah nasi masak, buka penutup kukusan dan masukkan kismis. Gaul rata.
5. Sebelum dihidang taburkan daun sup, bawang goreng dan gajus.
Sambal Belacan Tumis
Resepi: mel
Bahan-bahan:-
1 batang cili hijau
1 batang cili merah
7 bj cili padi
2 bj bawang merah
Sedikit daun sup
Sedikit belacan
Perahan 1 bj air limau kasturi
Garam, gula
Cara:-
1. Kisar kering/tumbuk semua bahan kecuali minyak, air dan perahan limau.
2. Panaskan minyak tumisan. Masukkan bahan kisar.
3. Masukkan air dan perahan limau kasturi.
4. Sesuaikan rasa.
5. Setelah pekat, angkat dan boleh dihidang

Ayam Goreng Berempah
Resepi: mel
Bahan-bahan:-
5 ketul potongan ayam
1 batang daun kari - lurut
1 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
Garam
Minyak gorengan terendam
Bahan kisar (kering):-
3 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
1 in halia
1 in lengkuas
1 batang serai
7 bj cili padi
1 sk serbuk kari
1 sk bj ketumbar
1/2 sk jintan manis
1/2 sk jintan putih
1/2 sk serbuk kulit kayu manis
1/2 sk serbuk kunyit
Cara:-
1. Lumurkan garam secukupnya pada ayam yang telah dibersihkan. Gaul rata dengan bahan kisar, daun kari, tepung gandum dan tepung beras. Masukkan dalam peti ais dan perap sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
2. Panaskan minyak gorengan. Setelah panas, masukkan ayam. Kemudian, perlahankan api ke tahap sederhana (untuk mengelakkan ayam tidak masak di dalam).
3. Bila ayam telah masak, kuatkan api sebentar.
4. Boleh diangkat setelah ayam garing.

3 comment
Menu sihat jadinya ha..
ReplyDelete..sy plk..kena seminggu 2 3 kali buat mende manis...kek ke...biskut ke..klau lama x buat...mula la diaorng bising....
Tp sy x mkn pun...layan tekak anak2 je...:-)
Salam mel.. mmg rajin betul nih... panjang betul resepi.. haha.. mmg best kalau tgk enchik hubby makan kaut habis nasi dlm periuk kan :)
ReplyDelete[ tun_telani ] - wsalm. resepi je nampak panjang tapi main campak2, tahu2 je dah siap...lagi2 tang ayam berempah tu, kisar2, perap, goreng dah siap...hihi
ReplyDelete