RESEPI

Kerabu Daun Selom

10:32 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Melihatkan status rakan fb semalam tentang kemalangan ngeri melibatkan 6 kenderaan di Senawang tu, rupanya arwah yang terkorban adalah kakak kepada roomate hubby di UTM dulu. Terkejut kami. Terkesan juga dengan berita menyedihkan ini. Moga roh keduanya ditempatkan di kalangan orang beriman, dicucuri rahmat juga diberi kekuatan pada keluarga mangsa untuk lebih tabah hadapi dugaan. Al Fatihah.

Seperti kata Ustaz Raihan,
Jadikan solat itu On Time, Full Time..
Bukan Part Time..
Sebab mati itu Anytime..

Semoga kita sentiasa beringat akan kematian..Beramal sebaiknya..
Yang surirumah di luar sana tu, jangan lupa saat memasak tu boleh zikir dan selawat sekali. Moga2 berkat dari zikir tu, dapat anak soleh dan solehah juga suami yang menjadi pemimpin terbaik. Tengahari nanti bolehlah cuba resepi ni. Mel guna hasil tanaman selom belakang rumah. Alhamdulillah sedap dan jimat duit. Tak pernah beli benihnya, kebetulan hari tu beli secekak di pasar, ambil daunnya dan batangnya tanam dalam poly bag. Sekarang musim hujan, jadi merimbun daunnya. Syukur alhamdulillah

Kerabu Daun Selom
Resepi:  nannie

Bahan-bahan:
1 ikat ulam selom
1 biji bawang besar-dimayang nipis-nipis
1 biji limau nipis - ambil jus saja
Garam dan gula secukup rasa
Kelapa parut secukupnya - mel sangai keperangan


Bahan tumbuk tumat:
1/2 inci belacan - yg dibakar
1 tangkai lada merah - boleh tambah lagi kalau suka pedas
Segenggam udang kering - rendam sekejap


** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.

Cara:
Bersihkan daun selom dan bawang kemudian potong nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai . Kemudian masukkan taugeh dan semua bahan yang ditumbuk lumat tadi . Gaul semua bahan sehingga cukup mesra dan masukkan kelapa parut , garam secukup rasa . Gaul lagi dan jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.


You Might Also Like

5 comment

  1. Assalamualaikum mel sebut jer kerabu..mmg selera makan...menu yg sihat....

    ReplyDelete
  2. Kan...mati tu..mmg x kita tahu bila akan tiba...takziah buat keluarga yg kemalangan hari tu...

    Boleh ye mel tanam gitu je..? X payah ada akarnya ke...?

    Lama x buat kerabu ni...kecur liur nengoknya...

    ReplyDelete
  3. [ asyifa mustaffa ] - memang saya tanam gitu je kak. letak dulu dalam bekas berair, pastu ada akar sikit dan tanam dalam pasu. Daun kesum pun saya buat gitu, memang hidup sibur..hehe

    ReplyDelete
  4. alahai.. daku ni jenis xkenal specis2 daun nih.. nmpk mcm ulam raja. hihi..

    ReplyDelete