Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Mee Rebus Hj Wahid

5:52 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Selamat bercuti dan berhujung minggu. Manusia ni selalu lalai terutamanya diri sendiri. Kot-kot dengar ceramah agama, ceramah motivasi, baru kembali beringat. Sebab tu kalau nak jadi orang baik, kena selalu dekat dengan orang baik. Baru dapat aura positif. Tapi kena dekat juga dengan orang yang akhlaknya tak elok, agar boleh ktia tunjuk sikap yang baik, tapi jangan sampai kita terjebak sudah.

Kena check diri tu, suka cari ilmu atau cari gosip?
Semoga diri ini dan kita semua sentiasa bersemangat mencari ilmu dan berkongsi ilmu dengan orang lain.


Sudah lamaaa menyalin resepi ni. Letak di esbok tapi tak pernah punya ruang untuk buat. Hari tu nak buat, taucu sedia ada pula dah rosak. Tangguh lagi. Semalam baru cukup semua bahan. Tapi...dalam resepi ku salin idokk pula ada air rebusan ketam. Dalam resepi asal pun tidak dimasukkan. Masa tulis entri ni baru perasan ayat penulis bawah gambar tu. Tapi mengapalah, yang penting selamat sudah dalam perut. Pasni boleh buat lagi dengan air rebusan ketam pula. Barangkali lepas ni buat kasi pedass sikit, baru umpphh! InshaAllah

Mee Rebus Hj Wahid
Resepi: RMK

Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis

Air rebusan ketam

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80 gm tepung gandum
¼ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
Tahu yang digoreng, dipotong kecil - mel tak letak.tiada
Daun sup, dimayang
Bawang goreng
Telur rebus, dibelah dua
Lada hijau, dipotong bulat
Taugeh, dicelur
- mel tak letak.tiada 
Limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

You Might Also Like

5 comment

  1. salam singgah. sempena stok daging banyak sebab korban ni, leh la try mee rebus ngan daging. hehehehe. tima kasih ^_^

    ReplyDelete
  2. Rajinnya la mel ni...ptng cuaca redup ni...sedap juga mkn mee rebus ni...

    ReplyDelete
  3. [ asyifa mustaffa ] - Mel dok rajin pun kak. Kedai makan, restoran takde di sini, jadi rumah ni tak boleh masak masakan yang sama, tak selera.Kenala google macam2 resepi.hihi

    ReplyDelete
  4. Pebret akk ni...suka kuah yg agak pekat..uhhh..dapnyerrr

    ReplyDelete
  5. mee rebus...sedapnya..kegemaran jugak ni..bila nak ulang buat ni...

    ReplyDelete