بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t.
Ramai yang ingin...
Kerjaya yang hebat, rumah yang mewah, keluarga yang sempurna
Tak ramai yang memiliki. Kerana..
Telah Allah tetapkan nasib dan rezeki setiap insan berbeza-beza
Sepasang suami isteri. Miskin. Kerja berkebun.
Pulangnya setiap petang berdua menaiki basikal.
Lalu di hadapan sebuah rumah mewah. Kelihatan sepasang suami isteri duduk berehat di perkarangan rumah sambil menjamu hidangan petang. Si isteri berkata ‘Kalaulah kita kaya, mesti kita boleh petang-petang bersenang lenang menghirup teh seperti mereka’
Pasangan suami isteri yang kaya. Melihatkan pasangan yang menaiki basikal itu lalu di hadapan rumah mereka, si isteri berkata ‘Romantiknya mereka. Dah tua-tua pun berduaan petang sebegini menaiki basikal. Kita ni duduk di rumah saja’
Persoalannya: Siapakah antara mereka yang bahagia?
Ustaz menghuraikan, kedua2 mereka berhak untuk bahagia seandainya mereka bersyukur. ~Tanyalah Ustaz
Dulu..hingar bingar di telinga saat baru berkahwin. Tak cari kerja ke?
Sekarang..eh duduk rumah je tak buat apa-apa?
Percayalah..aku dah lali
Tepu dengan soalan remeh sebegitu
Ramai yang mengeji, tak mahu mengerti
Ramai yang menghakimi, tak mahu memahami
Ibu berkerjaya
Seronoknya jadi surirumah, boleh jaga anak 24 jam. Pantau anak, bagi didikan sempurna. Luangkan setiap masa di rumah untuk kesejahteraan keluarga. Anak sakit tak perlu susah-susah minta cuti. Tak perlu cari orang gaji untuk urus rumah. Tak perlu berhabis duit hantar anak ke nursery.
Surirumah
Seronoknya kalau bekerja. Bolehlah ada pendapatan nak beli barang sendiri. Tak perlu susah hati belanja sana sini dengan duit suami. Bolehlah jumpa ramai kawan. Bolehlah pergi trip company. Bolehlah ada macam-macam aktiviti. Tidaklah terperuk saja di rumah jaga anak suami.
Firman Allah swt dlm surah al mulk ayat 22-24, maksudnya :
“Maka apakah orang yang berjalan terbalik di atas mukanya itu lebih banyak mendapatkan petunjuk ataukah orang yang berjalan tetap di atas jalan yang lurus? Katakanlah: “Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati”. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. Katakanlah: “Dia-lah Yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi, dan hanya kepada-Nya-lah kamu kelak dikumpulkan”. ~ Majalah al-Ustaz
“Maka apakah orang yang berjalan terbalik di atas mukanya itu lebih banyak mendapatkan petunjuk ataukah orang yang berjalan tetap di atas jalan yang lurus? Katakanlah: “Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati”. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. Katakanlah: “Dia-lah Yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi, dan hanya kepada-Nya-lah kamu kelak dikumpulkan”. ~ Majalah al-Ustaz
Tapi..tapi...dan tapi..
Saat anak orang lain kena dera di nursery, tak bersyukurkah kita sebagai surirumah dapat jaga anak sendiri?
Saat dapat kunci rumah sendiri, tak bersyukurkah kita punya kerjaya dapat beli segala keperluan family?
Andai kita bersyukur..
Apa yang kita ada, itulah yang sebaiknya untuk kita.
Allah beri kebaikan, untuk uji kita. Adakah kita bersyukur?
Allah datangkan musibah juga untuk menguji kita. Adakah kita bersabar?
Aku percaya, kalau kita niat setiap perkara itu kerana Allah s.w.t. , inshaAllah tidak sia-sialah. Jadi surirumah, jadi wanita bekerjaya setiapnya ada cabaran. Ada baik dan buruk. Yang penting bagaimana kita melihat keburukan itu dari sudut positif untuk mematangkan dan menjadikan kita sabar. Serta menyelusuri kebaikan itu seiring dengan rasa syukur.
Ya Allah jadikan kami orang yang bersyukur. Amin
#buatentriuntukingatkandirisendiri
0 comment