بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Cuti itu hari terjumpa buah ni. Tak payah lerr susah2 beli online. Bagai nak melompat dalam kedai saat buah ni di tangan. Tapi kena control, jaga maruah. Perempuan kan, isteri orang pula tu. Sungguhlah tak sopan dan tak malu kalau berperangai bukan2. Lagi2 depan abang rambut ketakk yang baik dan murah dengan senyuman tu. *Moga maju bisnesnya atas segala kemurahan hatinya*
Buah ni ada yang panggil buah Adam Hawa. Didatangkan satu kecil dan satu besar. Ada yang gelap dan ada yang cerah warnanya. Juga biasanya direbus berpasangan. Berdua giteww.
Excited sangat dapat buah ni, aku sampai lupa menanya kaedah penggunaannya. Terpaksa lerr menggoogle..
Ada yang rebus kulit dan isinya bersama. ~ Sumber
Ada juga yang rebus isi sahaja. Terpulang pada masing2 punya pembacaan dan kemudahan ye.
Juga ada yang kata kulitnya sesuai untuk orang yang sakit darah tinggi dan kencing manis. ~ Sumber
Buah ni macam kelapa. Dari dalam sampai kulit luar berguna. Tempurungnya sangat keras. Kami mengerjakan sampai patah bilah parang. uhu
Kalau tanya soal bau, lebih kurang bau kurma. Soal rasa pula, macam rasa herba tapi lebih kepada rasa macam air masak je. Tak pahit, tak manis. Kami tak letak gula/madu pun, minum gitu saja.
Cara mel:-
BUAH ( 2 bj )
1. Hiris kulit hingga kelihatan bahagian tempurung.
2. Belah 2 tempurung hingga menampakkan isi putih.
3. Basuh isi putihnya.
AIR REBUSAN
1. Masukkan 2 cawan air dalam cerek rebusan.
2. Masukkan isi buah. Masak dalam api perlahan. [ Untuk rebusan pertama, mel rebus 1 jam. ]
3. Lepas sejam masukkan semua air dalam 2 cawan. Mel dan hubby minum secawan sorang setiap pagi.
4. Untuk rebusan seterusnya mel rebus 15 min (lebih kurang air tu dah mendidih). [ Mel biarkan saja isinya dalam cerek. Hanya tambah air bila nak rebus. Jadi sekali rebus, sekali habis, xde simpan2 airnya. ]
Buah ni harus direbus banyak kali. Bila air rebusan sudah jernih, maknanya khasiatnya sudah habis. Setakat ni air rebusan mel masih lagi coklat. Kalau dah jernih nanti baru tukar. Dan kebetulan kali pertama minum adalah hari pertama period. InshaAllah akan minum hingga waktu subur.

Semoga berjaya. InshaAllah
.kalau.tak.kerana.ttc.tak.kutahu.buah.ni.wujud.
Takdir Ilahi.Terima kasih Ya Allah
Update 14/11/2013: Ada huraian tentang keberkesanan buah ni. Bolehlah yang TTC tu baca sebelum beli. Buat pertimbangan sendiri samada ingin amalkan atau tidak ya. Link: BUAH ZURIAT
9 comment
Akak pun x tahu pasal buah ni. Dulu akak rajin minum jus durian belanda. Durian belanda pun boleh meningkatkan kesuburan.
ReplyDelete[ Suzie ] - Jus durian belanda? Ya kah? Kena cari dan cuba ni. Terima kasih kak ^^
ReplyDeletepenah dgr tak penah nampak real apatah lg rasa. semoga ada rezeki mel & hb...inshaAllah.
ReplyDelete[ fazianbatrisyia ] - inshaAllah.amin..aminn
ReplyDeletearitu mama tun gi umrah, bawa blk juga buah zuriat nih.. mmg struggle nk pecahkan. lama jugak minum, pastu malas dh. hahaha.. teruk sungguh.
ReplyDeleteX penah tgk buah ni....tp selalu dgr....
ReplyDeleteInsyallah...moga ada rezeki nnti....usaha...doa...tawakal....yg pnting....jgn ptus asa....:-)
insyaalllah
ReplyDeleteSelalu dengar je nama buah ni....camni rupanya..
ReplyDeletesemoga usahamu itu bernilai disisiNya..
[ tun_telani ] - setakat ni mel gagah lagi nak minum. Harapnya gagah juga hingga berjaya.
ReplyDelete[ asyifa mustaffa ] [ Delimasari ] [ Rohah ]- InsyaAllah.Amin..amin