Garden

Hasil Tanaman: Labu. SubhanAllah

5:06 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Salam hari Jumaat. Sementara tunggu hubby balik tengahari tadi, sempat menonton rancangan 'Being Me'. Ceramah dari Prof Muhaya sangat2 memberi inspirasi. Terutamanya dari segi kesihatan dan soal kebahagiaan serta ketenangan hati. Persoalan bagaimana pasangan yang baru berkahwin 2 tahun tapi tidak bahagia, tapi yang kahwin 32 tahun boleh bahagia. Isu pemakanan cupcake dan juga teh tarik. Isu gula, isu rumahtangga dan macam2 lagi.

Konklusinya apa kita fikir, mempengaruhi tindakan kita, menonjolkan attitude kita dan menyatakan siapa kita sebenarnya. Kalau mulut asyik cakap perkara2 negatif, maka itulah yang kita fikir, itulah yang ada dalam hati kita. Banyak lagi topik2 yang dibincangkan. Kot2 ada siaran ulangan, bolehlah tonton lagi di TV AlHijrah.

Alhamdulillah beli labu hari tu, tanam biji nya dapat hasil lumayan kali ni. Kali pertama dulu tanam dapat 2 biji, kali ni inshaAllah dapat lebih dari itu.

SubhanAllah kami beli 1/2 biji je buah labu. Butirnya ditanam menghasilkan macam2 bentuk kejadian labu ni walau dari buah yang sama. SubhanAllah.

Rasulullah s.a.w telah pergi kepada para sahabat r.anhum dan membacakan surah ar-Rahman tetapi kesemua mereka hanya berdiam diri.Baginda s.a.w menceritakan bahawa baginda telah pergi kepada kaum jin dan membacakan surah itu,dan mereka telah menyahut bacaan baginda. Dan setiap kali baginda tiba kepada ayat 'Maka,nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" kaum jin akan membalas 'Tiadalah nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan yang telah kami dustakan,segala puji hanya bagi Allah.'
(Tirmizi,Ibn al-Mundhir,al-Adhama danHakim) ~ Halaqah


Allah ulang satu ayat ini dari Surah Ar-Rahman sebanyak 31 kali!

 "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" ~ Ami (MESTI BACA)



Bila fikir balik manusia ni pun begitu. Dari rumpun yang sama, ibu dan ayah yang sama. Tapi anak2 ada yang menjadi baik, ada yang kurang elok perangai. Cuma bezanya manusia ni, mak ayah boleh mencorakkan anak2 samada nak jadi hitam atau putih kehidupannya. Kalau elok didikannya, jadilah saham alam kubur kelak.

Hubby tanam dalam satu lubang je. Pastu menjalar hidup penuh subur walau tak dibaja mahupun tak bersiram. Barangkali sekarang musim hujan, jadi cukup semua nutrien walau tak dijaga. Syukur alhamdulillah.

Yang ni baru petik. Balik dari kampung, tengok2 dah masak. Untuk yang pertama ni besar sangat. Itu hari nampak di pasar sama saiz dengan yang ini, sekali harga RM10. Hubby siap kata, kita juallah yang kat rumah tu.uhu.InshaAllah banyak lagi yang baru nak membesar. Semoga dapatlah hidup dengan subur. Amin. Alhamdulillah

You Might Also Like

8 comment

  1. Wah....jenuh makan labu.
    Akak dengar sekejap je dr muhaya lepas tu nak kena keluar g sekolah.

    ReplyDelete
  2. Waa...bestnya..seronok berbudi ngan tanah n dpt hasilnya...

    ReplyDelete
  3. [ Suzie ] - Itulah macam2 idea kena google resepi labu ni.

    [ Rohah ] - Memang seronok sangat2. Buka pintu dapur, tengok labu besar2 dengan banyaknya

    ReplyDelete
  4. mantap!! jeles aii.. ai duk semai2 bendi nih, dh 2-3 kali try semai xnk hidup.. ada yg bercambah, bila alih je dlm bekas besar sikit, dia mati la pulak. haish..

    ReplyDelete
  5. [ tun_telani ] - Barangkali bendi tun tu tak suka bekas besor kot..suka yang comel2 macam tuannya juga.hihi

    ReplyDelete
  6. Bestnya....tanah subur ni..., berbudi pada tnah...pasti ada hasilnya...:-)

    ReplyDelete
  7. salam singgah.. bestnya dapat hasil tanam sendiri kan...

    ReplyDelete
  8. [ asyifa mustaffa ] - alhamdulillah menjadi kali ni.

    [ Wani ] - Tq. memang best sangat

    ReplyDelete