بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Pagi tadi tengok berita, semua penduduk diminta berwaspada dan bersedia menghadapi banjir terutama di kawasan Terengganu. Biasalah hujung tahun, musim tengkujuh sudah tiba. Sini pun lebat hujan pagi tadi. Cuti sekolah dah nak bermula. Yang nak kahwin tu, kena bersiap sedia la menghadapi segala baik buruk hasil dari musim hujan ni.
Percubaan untuk membuat kuah rojak untuk dimakan dengan jambu yang dibawa dari kampung. Lepas tabur je kacang, tak berhenti makan weii..Sedap sesangat! Dengan pedasnya, rasa belacannya dan rasa manisnya. Memang tak beli la dah kuah rojak segera tu. *tapi kalau malas buat beli juga.hihi*
Homemade Kuah Rojak
Resepi: Chik Mimi
Bahan-bahannya (1 mangkuk kecil):-
*1 sb cili kisar - Cili kering rebus dan blend. Mel guna yang sedia ada
*3 bj cili padi
*1 in belacan (*Blend kering)
1/2 sb gula melaka
1 sb gula pasir
1sb kicap ~Mel guna kicap manis Jalen
1/3 cawan air
Sedikit tepung gandum utk pekatkan kuah
Kacang goreng, kisar - Untuk tabur
Cara-caranya:-
1. Masak gula merah, gula putih dan air sehingga cair
2. Masukkan bahan blend serta kicap masak dengan api perlahan
3. Selepas tu masukkan bancuhan tepung gandum ke dalam sos tadi masak lagi sehingga pekat.
*kuantiti bahan bergantung kepada kepedasan dan kemanisan sendiri ye
7 comment
Sedapnya jambu tu. Susah nak dapat skrg ni.
ReplyDeletesedapnya kalau buat sendiri. mcm kakak sy semua suka buat sendiri. jambu tu kat rumah bonda sy ada..sy panggil jambu bol. lama tak dpt mkn. time blk kg tak buah, time x blk busuk atas pokok/gugur @ selamat jadi rezeki monyet keluar dr hutan...
ReplyDelete[ Suzie ] - memang susah jumpa especially jambu keling tu. Adik beradik jambu susu mak kata.Jambu madu tu ada jual tapi beli itu hari 6 biji RM8, terbeliak jap..kihkihh
ReplyDelete[ fazianbatrisyia ] - Mel ni kekadang je rajin buat sendiri. hihi..rumah mak mel pun gitu, kalau time berbuah dan anak2 semua balik, habislah buah2 tu. Kalau tak jatuh kat tanah je dimakan tupai/ayam.
jambu pon bawak dr semenanjung ye.. hihi.. bape kilo luggage? ;p
ReplyDeletesedak rojakk.. dh lama x buat. biasa buat kuah rojak sendiri jugak, tp aritu malas sgt nk buat, beli yg adabi nyer. xsedap langsung, dh berbulan duk dlm peti tu xde org mkn.
[ tun_telani ] - Berat jugala luggage. Pati delima sekotak dah lebih 15kg ha..Jiran mel daun ketumbar pun bawa dari semenanjung. Nak buat kenduri, jadi beli banyak dari sana murah sikit katanya..uhu
ReplyDeleteamboi sedapnya mel...yang sedap tang jambu tu susah nk dpt skrg ni....
ReplyDelete[ Umie Jazz ] - memang..memang sedap!!
ReplyDeleteAlamak kak umie, mel tak boleh komen kat blog akak sebab profile guna g+. Kang mel wat g+ nanti org lain takleh komen blog mel pula..waa..guane ni..