Family

Balik Semenanjung

12:00 PM

Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah 1435H.
Sambut di mana? Kami sambut di rumah saja. Menghabiskan baki cuti dan berehat sejak balik Semenanjung itu hari. Tak niat pun nak balik. Tapi adik aku konvo 2 orang. Yang satu di UKM dah terlepas, so alang2 mak aku nak g adik kedua tu, leh lerr jemput aku di KLIA nun. Jimat duit, masa dan tenaga mak pak aku.

UKM Convocation Ceremony
Kepada Eja: Tahniah atas Ijazah yang anda perolehi.
Selamat menempuh alam pekerjaan!

Memandangkan kami sampai awal di KLIA dalam jam 3 petang, so ambil keputusan pergi sendiri ke Tanjung Malim. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Beli2 tiket, terus naik tren, takde tunggu2 punya walau sesak dengan orang balik kerja. Sampai2 di Tanjung Malim, tunggu tak lama, mak ayah pun tiba dari Johor.

KLIA > KL Sentral - KLIA Ekspress | 26 min | RM35 seorang
KL Sentral > Tanjung Malim - Komuter | +-1.30 min | RM7 seorang

Untuk ke Tanjung Malim, setibanya di Rawang harus turun dari komuter dan pergi ke Platform 3. Ambil komuter menuju ke Tanjung Malim.

Lepas tu bertolak ke Sungkai, terus ke MRSM Felda. Bermalam di apartment sebelah dewan konvokesyen bersama2 dengan keluarga kawan ayah. Kami bersiap awal dan dapat duduk barisan hadapan. Alhamdulillah

Majlis Graduasi 2013 | MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak
Kepada Faiz: Tahniah kerana berjaya harungi 5 tahun di MRSM!
Hari ni, 6.11.2013 paper pertama SPM. Semoga dipermudahkan jawabnya, berjaya dapat keputusan cemerlang dan jadi anak yang soleh. Amin

Balik dari Perak tu, aku dengan hubby berehat2 di rumah saja. Pokok rambutan baru berbuah, jadi tak sempat merasa. Yang ada Jambu Keling belakang rumah mak. Paksa hubby panjat, alhamdulillah kerengga semua dah takde. Kalau tak, terpaksa suh ayah juga ambilkan.

Dan tak lupa jambu madu depan rumah mak. Punyalah banyak bawa makanan dalam beg. Satu beg troli, makanan semata. huhu.

Alhamdulillah kali ni balik, penuh dengan aktiviti.
Masa nak berlepas ayah tanya, 'Jadi ke ko balik Raya Cina nanti?' ( Dengan muka ceria dan gembira)
InshaAllah lerrr pak..hati gumbira tengok ayah macam seronok anak dia sorang ni balik..kihkihh

You Might Also Like

2 comment