IKAN

Sardin Pedas Bunga Kantan & Telur Dadar Bercendawan

11:00 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Tiada mukadimah entri hari ni. Auto published saja. Kebiasaannya hidangan sardin digandingkan dengan telur dadar. Kalau kat tekak aku ni, makan dengan nasi panas memang selera sangat. Sardin pedas ni siaran ulang tayang. Resepinya DI SINI. Cuma kali ini letak bunga kantan dalam sardin, memang enak!

Telur dadar kali ini pun lain. Special punya dari blog kak nor. Sedap, tebal dan gebu je.


Telur Dadar Bercendawan
Resipi : SecubitGaram

Bahan:
3 biji telur
1 bj bawang besar
1 bj cili merah
4 - 6 keping cendawan tiram
1/2 btg lobak merah ~ disagat
1 pokok sederhana daun sup
3 sudu besar susu cair
sedikit garam
minyak

Cara:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
Hiris bawang besar, cili merah, cendawan dan daun sup.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kocok dgn garfu hingga berbuih.
Masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam kuali dan tutup dgn penutup periuk.
Apabila telur dah hampir masak, terbalikkan dan masak lagi seketika.
Angkat dan hidangkan panas2.

You Might Also Like

5 comment

  1. Sedapnya. Kat kl kantan sekuntum sampai 1.50. Padahal bukan susah pun nak tanam. Tapi pokok akak tak berbunga lagi. Hihihi cakap pandai.

    ReplyDelete
  2. [ suzie ] - sini 3btg rm2.rumah sy dh 2 thn tnm pun x bunga lg..uhuu

    ReplyDelete
  3. apa khabar org2 semenanjungg.. ai stress byk keje lepas cuti..semput dh ni x cukup napas.. huhu...

    ReplyDelete
  4. [ tun_telani ] - penangann cuti 2 minggu tu..hihiii

    ReplyDelete