DAGING

Asam Pedas Daging dengan Belimbing Buluh

6:14 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Hati gumbiraa..Esok nak balikk! Hubby pagi2 bersuara 'Eh, esok nak balik'. Balik tak lama, balik untuk tido dan berehat. Di sini bukan tak dapat tidur, tapi lenanya lain. Bangun pagi masih terasa penat. Kalau di kampung, tido la lewat mana pun, pagi segar bugar, hilang semua penatt otak, penat badannn. Barangkali di kampung, otak dan badan automatik menolak semua kerja dan masalah kott

Esok flight jam 1 petang. Semoga perjalanan kami diberkati.
Selamat pergi dan selamat pulang. Amin

Selama aku masak asam pedas, kali ini aku rasa paling sedapp. Pekat kuahnya, cukup masamnya. Cukup segala rempah2 nya. Barangkali hasil dari letak serbuk kari. Memang ada kelainan. Time makan duk hirup..hirupp..dan hirup. Mak ayah aku asal orang Selangor, keturunan Jawa-Banjar, jadi sedap lerrr sesangat kat lidah aku. Hubby suka biasa2 je. Lidah Ganu, lain lerr kot.

Aku ubah sikit resepinya. Aku bagi 4/5 bintang untuk hidangan ni. Ingat nak buat lagi lerr.

Asam Pedas Daging dengan Belimbing Buluh
Resepi: M.Potion

Bahan-bahan:
1 kg daging - dihiris dan direbus

1 ketul kiub ayam knorr
1 sudu kecil asam jawa Adabi - ganti 2 sb air asam jawa
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk kari
4 biji bawang merah kecil (shallots) - ditumbuk lumat
5 biji belimbing buluh - dibasuh dan dipotong dua
1 biji tomato - dibelah empat
3 cawan besar air

2 batang daun kesum - mel tambah
2 bj bunga kantan - mel tambah
3 helai daun limau purut - mel tambah

Bahan Kisar: - mel tambah
5 sudu besar cili kisar 
3 ulas bawang merah
1/2 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
1' halia
1' lengkuas 
1 batang serai
5 bj cili padi 
 

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah sampai kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai garing. Bila dah garing masukkan serbuk kari n gaul rata.
3. Masukkan air dan tunggu hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan daging dan daun limau purut. Tunggu lagi hingga mendidih.
4. Masukkan kiub ayam knorr, gula dan air asam jawa. Rasa kuah supaya cukup segala masam, manis dan masin (agak sesedap rasa)
5. Agak2 5 min sebelum tutup api dapur baru masukkan belimbing buluh, daun kesum, bunga kantan dan tomato.

* Daging boleh diganti dgn ikan atau ayam
** Kalau nak lebih sedap boleh masukkan sama ada daun kesum, bunga kantan atau daun limau purut

You Might Also Like

6 comment

  1. baru mkn asam pedas daging semalam. MIL masak. Hb suka...dia pon soh sy masak cam tu..nantilah try. tp x boh belimbing buluh. kalau org melaka panggil gerang asam

    ReplyDelete
  2. 1st time dengar gerang asam ni..pasni klu org sebut, xla terpinga2.hihi

    ReplyDelete
  3. Best je bunyi. Boleh try nanti. Akak pandai asam pedas ikan je

    ReplyDelete
  4. adoi...teliur...nasib la ari ni msak asam rebus je...jd..kuranglag keteliurannya itu....

    Ooo...jawa banjar ye...sy 100% banjar...hehe...

    ReplyDelete
  5. [ suzie ] - mel pn baru tau daging sedap juga wat asam pedas gini kak

    ReplyDelete
  6. [ asyifa mustaffa ] - tp saya melayu kak..lgsung xpandai ckp jawa atau banjar..tp klu org ckp phm sikit2

    ReplyDelete