KUIH

Puteri Ayu

6:33 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Pagi2 buta dok update blog. haha. Subuh jam 4.56, jadi jam 6 pagi dah terang benderang dah. Kalau puasa tu, 6.20 dah boleh berbuka. Makin awal waktu nih.

Sarapan apa pagi ni?
Melihatkan pandan yang merimbun, buatlah kuih muih yang guna pandan.

Tapi tula kuih kak rohah putih gebu je. Kuih aku gebu juga tapi ada bintik2 pula. Pemarut biasa tu orang kedai tu xde. Jadi maid aku g kedai mana ntah parut kelapa. Tak tau guna mesin apa sebab tempurung kelapa kena pecahkan dulu. Jadi memang ginilah hasil kelapanya.. Okla tu, rege pun 50sen je sebiji parut. Kalau beli kelapa and parut sekali, rege RM3. Terbeliak jap! Baik aku beli kelapa sendiri. Jimat singgit kalau cmtu..Singgit pun berkira mel oiii! Yela, singgit tu lepas duit belanja adik skolah tau. uhuu

Dakpelah, yang penting sedapp!
Takdelah susah2 nak tunggu balik semenanjung baru nak makan.
Dah pandai wat sendiri. Alhamdulillah

Puteri Ayu
Sumber:Rohah

Bahan-bahan:
5 biji telur
250gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder* *(ayak)
300gm gula halus

2 sudu kecil ovelette
250ml santan
Sedikit pewarna hijau
2 camca teh paste pandan - mel ganti dgn perahan pandan segar
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Inti kelapa:
2 cawan kelapa parut putih
1 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu kecil garam

Cara menyediakan inti kelapa:
1.Satukan semua bahan inti dan gaul sebati
2.Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan
3.Isikan inti kelapa dan tekan sehingga padat

Cara membuat dan mengukus kuih:
1.Panaskan kukusan.
2.Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang dan gebu.
3.Masukkan santan berselang seli dengan tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
4.Kacau lagi hingga sebati.
5.Sapu sedikit minyak pada acuan.
6.Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
7.Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit (saya kukus 10 minit dengan api sederhana).
8.Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

You Might Also Like

7 comment

  1. Assalam ...
    sedapnye mel...akk pon dah lama x buat kuih ni...
    Tang kelapa tu x pe...janji boleh lg mkn...hi2

    ReplyDelete
  2. Suka kuih ni tapi malas nak buat. Rasa nak makan beli je. Makan sorang2 budak2 x suka

    ReplyDelete
  3. [ Rohah ] - Memang sedap resepi dari blog akak ni. Makan tak pandang langsung rupa kuih, terus masuk mulut. Sedap sangat! hiihi

    ReplyDelete
  4. [ Suzie ] - Mel pun makan berdua je. Buat 1/2 adunan. Kalau tak jenuh nak perabih..Kalau ada orang jual sini, memang sampai bila mel xmo wat sendiri.uhu

    ReplyDelete
  5. mesti sedap pes pandan segar. sy ni xde daun pandan. org xde tanah. mahal gak kelapa parut eh..tempat sy RM1.80 kalau tak silap lah..selalu main order jek org beli kan....

    ReplyDelete
  6. [ fazianbatrisyia ] - Mel pun duk sini baru pantau2 harga, duk selangor dulu main beli je..uhuu

    ReplyDelete
  7. X pelah...ok la tu lg kelapanya...jnji smpi masok perut...hehe..., sedapnya sarap mkn puteri ayu...lama x buat mnjak ada anak kecik ni...nak tepek kelapa tu...yg ambik msa skit tu....

    ReplyDelete