AYAM

Kerutuk Ayam

4:32 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Hari ni buat kerja gila. Jam tu nak balik, jam tu baru beli tiket. Ko ingat naik bas mel? Harga tiket puluh2 ringgit je? Ha kau sekali agen balunn harga 3k. Takpelah agen, kami beli sendiri je tiket balik.. Alhamdulillah dipermudahkan urusan.

Moga dapatlah ketemu family dan bff yang dah lama tak jumpa!
Moga dilancarkan dan selamat perjalanan balik kali ini. Amin.

Alhamdulillah satu lagi menu yang menepati citarasa hubby. Katanya 'ada rasa Terengganu'! Bila dapat komen macam tu, aku tak perlu ucapan sedap mahupun lihat hubby tambah nasi. Memadai dengan 3 patah perkataan tu untuk ku simpulkan hidangan ini perlu selalu dimasak.

Yela, melepaskan rasa rindu pada kampung halaman.. Ewahhh! Tapi memang sedappp sesangat! Kalau kat lidah aku macam daging kenduri gitu.. Susahlah nak kata, silalah cuba ya!

Kerutuk Ayam
Resepi: K.Nor Style

Bahan:-

1 ekor ayam ~ dipotong 4 (nak potong kecik2 pun boleh)
3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas
1 cawan santan fresh
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kerisik
2 helai daun pandan
1 bj bawang besar ~ potong 4 - mel ganti 5 bj cili padi
2 bj cili merah ~ belah 2
nisan/gula melaka
garam
minyak

bahan penumis (rempah 4 beradik):
1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan yg diblend:
1 labu bawang besar
3 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1in halia
1in lengkuas
1in kunyit hidup


Cara:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin.
2. Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
3. Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas.
4. Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.
5. Masukkan ayam dan gaul sebati.
6. Biarkan rempah mesra kat ayam dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air.Biarkan hingga mendidih.
7. Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka.
8. Masak hingga hampir pekat dan masukkan kerisik.
9. Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah 2.
10. Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai. Hidangkan panas2.

# Kerutup ayam ni selain dimakan dgn nasi putih, sedap sgt dimakan dgn pulut kuning.
Selain tu best gak makan dgn roti.
Selain penggunaan ayam, boleh tukar kepada daging.

You Might Also Like

4 comment

  1. kerutuk ayam mmg sedaaappppp :D

    semoga dpt pulang dgn selamat ok :)

    bila tu nk blk? hihi

    ReplyDelete
  2. [ Syazana Zainn ] - Minggu ni. 2-3 hari lagi!! Mood happy ^^

    ReplyDelete
  3. mesti hati riang gumbira senyum sampai telinga nak balik kg ye katanya....

    ReplyDelete
  4. [ fazianbatrisyia ] - betul2!Dulu duk semananjung pun tak selalu balik. Sekarang walau kena naik belon, 2-3 kali balik setahun.Ketentuan Tuhan!hihii

    ReplyDelete