Kek | Muffin

Kek Keju Cheddar

10:13 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Topik hangat sejak semalam 'Budget 2014'. Amacam? Ada suka? Aku no komen. Cuma esok beli barang dapur, boikot beli gula. Haha..Sampai macam tu skali ko mel! Berusaha amalkan minum air masak je sejak akhir2 ni. Hubby pun dah tak kisah minum air masak je.

Para penjual kuih muih atau kek kat luar tu, naikkan harga tak?
Rasanya bukan penjual kek/kuih je naikkan harga, semua orang pun bakal naikkan harga. Tak kiralah jual ape sekalipun. ehehe

Kamera aku dah rosak, jadi semua gambar pasni guna hp je. Memang malas dah tangkap lawa2. Kena beli camera baru. uhuu..Time ujung2 tahun ni lerr ko nak rosak ye..Dugaannn..

Kek keju ni buat 2 hari lepas. Kek ni memang tak sempat sejuk, potong terus makan. Lembut, berderai dan sedap! Rasanya masin2 manis gitewww. Hubby pun cukup suka. Selamat mencuba kek ni! InshaAllah akan buat lagi pasni!

Kek Keju Cheddar
Sumber : b2e

Bahan2:-
250gm butter - mel guna buttercup
230gm gula kastor
4 biji telur Gred A
80gm keju cheddar - dadukan sederhana besar
100ml susu UHT 

280gm tepung gandum* - mel ganti tepung naik sendiri
1 sudu teh (tsp) baking powder* - mel tak letak
- ayak bahan2 bertanda

1 sk esen vanilla - mel tambah
1 sb serbuk koko- mel tambah
Chocolate chip- mel tambah

Cara2:-
1. Putar mentega dan gula kastor hingga kembang dan berkrim
2. Masukkn telur 1 per 1 sambil terus memutar hingga adunan kembang
3. Masukkn kiub-kiub keju cheddar dan esen vanilla. Putar sebati
4. Masukkn tepung selang-seli dengan susu. Putar dengan kelajuan perlahan hingga sebati. 

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan serbuk koko ke dalam salah satu adunan.
6. Tuang kedua2 adunan ke dalam loyang yg telah digriskan dan dialas dengan kertas. Tabur chocolate chip
7. Bakar selama 45 minit pada suhu 170'C.

You Might Also Like

4 comment

  1. Msti rasa mnis masin msam dri keju tu kan...nak cuba lah nnti...:-)

    ReplyDelete
  2. [ asyifa mustaffa ] - Yupp. memang rasa manis2 masin. Hubby makan macam makan nasi kek ni. Sedap sangat!

    ReplyDelete
  3. Bajet.....kalau kita tak berkira kira insya Allah kita akan bersyukur.
    Mcm best. Nanti blh try.

    ReplyDelete
  4. ooo...ooo..kek cheddar..ada seketul tu dlm fridge. meruntun jiwa la...

    ReplyDelete