BUBUR

Sup Cendawan [ Mushroom Soup ]

6:09 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Pagi2 duk update blog. Sini sudah terang, jam 5 pagi mesti kena bangun. Sempat update blog sebelum kuar shopping hari ni. Harapnya bandar mendung atau redup la. Dahlah jalan jauh, bila panas rasa penat tu bertambah. Dugaannnn duk tempat orang. Saboo :)

Rumah ni kalau masak sup cendawan memang habis. Feveret sangat! Resepi ni ada rasa kelainan masa kali pertama buat. Tapi rasa lain yang bagus, sedap! Nak buat punyala senang, campak je semua bahan. Lain kali boleh letak isi ayam. Masa salin resepi sangatlah tak perasan kena letak ayam, sekali nak masak, ayam keras lagi dlm freezer daa. Jadi soup kosong bercendawan saja. Pastu tangkap gambo pun pakai hp je, jadi bergegorrr la hasilnya..uhuhuu

Sup Cendawan [ Mushroom Soup ]
Sumber: Kak Rohah

Bahan-bahan;
6-7 biji cendawan [cincang]
4 biji kentang [rebus dan blend hingga halus]
1 tin evaporated milk/susu cair - mel ganti susu segar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 labu bawang besar kuning/ holland
Sedikit garam
1 kiub ayam
Isi ayam [cincang halus] - xletak

Cara memasak;
Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan mengacaunya perlahan-lahan dengan api sederhana sahaja.

You Might Also Like

2 comment

  1. sama laa kt sini, kalau mushrooom sup mmg capeat je habis.. tp wajib juga ada garlic bread. ai biasa guna cendawan butang.. ai nmpk mcm shiitake je tu, ai anti shiitake, hubby ai suka mkn, tp mmg msk asing la kalau letak shiitake, xleh telan, bau dia kuat sgt.

    ReplyDelete
  2. salam Mel...ngencess ni pepagi dah buka mangkup sup cendawan...

    ReplyDelete