IKAN

Ikan Terubuk Kukus Sos Tiram

8:17 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Pagi semua! Pagi ni penuh dengan semangat. Cadang nak ke rumah jiran atas bukit nun, nak belajar jahit quilt. Kot2 mengandung sat lagi, leh jahit sendiri comforter tuk baby *Feeling happy*.

Ahad hari tu membawa air pot ke Senheng. Beli bulan Mac, bulan Sept dah rosak. Yang guna aku sorang, jadi tak tau punca rosaknya. Air tak berapa mau keluar dan suhunya kekal 98C walau dah tukar ke suhu lain. Jadi asyik panas je. Bila test kat sana, mau pula airnya keluar. Ngada2 ko heater ea. Tapi sebab suhunya memang tak berapa berfungsi, warranty 2 tahun ada lagi jadi dapat tukar baru. Boleh tukar dengan jenama lain tapi takde yang berkenan jadi ambil jenama yang sama saja, Toshiba. Alhamdulillah dipermudahkan urusan dan hanya bayar RM9 untuk replacement warranty seterusnya. Kot2 rosak lagi, dapat heater baru lagi, tapi xmo lerr rosak. Letih! uhu


Ikan terubuk ni masaknya tadi malam. Ada kenduri rumah pekerja hubby ritu makan ikan terubuk kukus tapi rasanya lain dari resepi ni. Kena minta resepi kat orang tu nampaknya. Resepi ni hubby memang puas hati, boleh jual kat kedai katanya. Memang sedap.

Ikan terubuk aku belah dua. Buang bahagian dalam, potong belakang dan basuh. Sisik memang tak buang sebab lepas kukus tertanggal sendiri. Aku masak bhgn ekor jadi tulang semua kurang sikit, meratah je sampai habis. Dengan bawang serai semua aku makan. Untuk kesekian lamanya, malam tadi baru aku makan bertambah nasi. Selera bertambah sejak akhir2 ni. Alhamdulillah

Ikan Terubuk Kukus Sos Tiram
Resepi: HaSue


Bahan2:-tidak terhad,boleh tambah/kurangkan ikut selera
1 ekor ikan terubok(lebih kurang 1kg)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 tangkai cili merah* - mel tukar 7 bj cili padi (ketuk)
1 inch halia*
2 batang serai*
3 sudu besar sos tiram-bancuh dgn 3 sudu bsr air
Garam dan lada sulah secukup rasa

1 sk minyak bijan - mel tambah

Bahan2 bertanda * dihiris halus

Cara2:

1. Panaskan pengukus
2. Bersihkan ikan dan belah belakangnya.
3. Lumurkan dengan garam,sos tiram dan bahan2 hiris masukkan juga ke bahagian ikan yang sudah dibelah tadi. Tambahkan lada sulah.
4. Kukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak. Selamat mencuba!

You Might Also Like

6 comment

  1. Assalammualaikum Mel, lama betul tak makan ikan ni. Emak selalu masak asam pedas, banyak tulang tapi sedap kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. Betul tu, tang kat tulang2 tu yang sedap..manis2 gituu

      Delete
  2. ikan terubuk mmg terbaiikkk... tp tulang kt kepala dia tu mmg x tahan. kiteorg kalau beli mmg terbazir je bahagian kepala dia xleh nk makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bahagian kepala tu tun, memang bercinta nak makan. Tau2 ratah ikan je, nasi memang tak sentuh..sabo jela

      Delete
  3. masuk blog akak je mesti terliur -_-

    semua lauk sedap-sedap -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi orang lain memang semua sedap2..dah jadi isteri ni, memang blog tukang masak lain tu sahabat sejati.hehehee

      Delete