RESEPI

Kerabu Mangga Berkelapa

12:19 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Alhamdulillah bulan ni dimurahkan rezeki dapat bayar keseluruhan pinjaman pelajaran. Hari tu borak2 dengan orang dah ada anak, katanya duit simpanan pelajaran anak2 letak dalam Tabung Haji. Jadi dia xde daftar SSPN ke ape. Katanya nanti macam kita pula nak pinjam lagi dgn dia. Jadi dia xmau terlibat dah..Cukuplah sekali katanya.uhu ..[ Sesuatu yang menarik untuk difikirkan ]

Tengahari semalam buat kerabu mangga ni. Mangga muda cepat je masak jadi tiap2 hari aku letak dalam masakan. Try error letak macam2 bahan alhamdulillah hubby suka sangat. Resepi kedai katanya. Aku jarang puji masakan sendiri sebab kalau kat tekak aku sedap, belum tentu tekak hubby sedap. Tapi bila dia kata sangat sedap, memang betullah tu sedap. uhu. Dihidangkan dengan ikan merah goreng dan sambal kicap sedap. Sambal kicap ni lain kali share resepi. Selamat mencuba!


Kerabu Mangga Berkelapa
Resepi: Mel@melinblossom

Bahan2:-
1 bj mangga muda - sagat
*4 bj cili padi
*1 batang serai
*1/2 btg bunga kantan
*1 helai daun limau purut
*Daun ketumbar
*Daun salam
1/2 bj limau nipis - ambil jus
Kacang tanah - goreng dan tumbuk
Kelapa parut - sangai keperangan
1 sk minyak bijan
1 sb sos ikan
Gula

* Bahan untuk hiris halus

Kaedah:
1. Gaul semua bahan hingga sebati
2. Perasakan dengan gula. Hidang

You Might Also Like

9 comment

  1. uiiii sedappppnya kerabu mangggggggaaaaaa


    rajinnya akak nak deco-deco makanan ni

    kalau kite terus ngap je :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. xrajin pun syazana tapi jeles tengok blogger lain tayang gambar cantik2. kita yang tak pandai deko2 ni pun terikut2 sama. kalau nak ikutkan masak2 memang terus baham dah..kekekee

      Delete
  2. Sedapnya. Kecur rasa hihihi
    Saya pun simpan kat tabung haji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bab mangga muda, memang kecur kak..hihi..

      Delete
  3. uihhhhh..sedap kan kerabu mangga..macam2 aroma dlm kerabu mangga Mel ni..kompem power..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang macam2 aroma. Daun limau purut, bunga kantan, kelapa lagi..licin hubby habiskan..alhamdulillah ^^

      Delete
  4. Baru je buat kerabu mangga hri tu...tp x letak kelapa la...

    ReplyDelete
  5. tun baru makan kerabu mangga.. sedapp.. yg cafe upm punya. haha.. busy smp xsempat nk blk masak lunch.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org bz mcm tun ni dakpe makan kedai je. Nanti bila dah graduate, boleh relax sikit masak tiap2 hari..*Tak fikir lepas tu lagi byk tanggungjawab *.uhu

      Delete