RESEPI

Acar Buah Tradisional

6:20 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Ada satu kali aku makan acar buah ni dalam k.terbang, punyalah sedap. Beria2 nak membuat tapi bahan takde. Nak tunggu balik semenanjung, tahun depan baru balik. Mana nak cari jeruk2 kat sini. Kalau ada pun, kena fikir isu halalnya tu. Kena telek satu2 dibuat dari mana, kalau semenanjung, yakin sikit nak beli. Kalau dari kawasan2 sini, ada ragu2 sikit dalam hati. hahaaa..itu yang bagus. Ajar diri dan keluarga tentang isu halal haram. Jadi aku guna pakai apa yang ada.

Limau kasturi ni aku belah 1/2 dan masukkan asam putih di tengahnya sama macam aku tengok dalam rancangan Menu Alam TVAlhijrah lebaran ritu. Asam putih ni aku beli di kedai jeruk Melayu di Banting dulu. Jeruk2 lain aku beli yang siap botol/paket bukan timbang2 punya. Lepas sudah kepingin aku. Bertambah 2 kali nasi tengahari tadi. Penuh berperisa dan enak. Alhamdulillah ya Allah.


Acar Buah Tradisional
Resepi: Dapur FHA

BAHAN A (Bahan tumis)
1.5 cawan minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih + 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

BAHAN B (Rempah tumis, Campur semua sekali)
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar penuh serbuk cili
1/3 sudu besar 'halba sahaja'/ bukan halba campor ya.. (goreng kering dan ditumbuk)
1/2 Sudu Besar Jintan Putih biji (goreng kering dan ditumbuk)
1/2 Sudu Besar Jintan Manis biji (goreng kering dan ditumbuk)
1 sudu besar Rempah biji (goreng kering dan ditumbuk)

BAHAN C
3/4 botol cuka makan
1/2 kg gula putih atau 3/4 kg gula merah
Garam

BAHAN D (Buah-buahan)
1/2 kg buah buahan jeruk campur
3 biji limau jeruk - mel xtau guane rupanya. xletak
Prune tanpa bj tiada - mel guna prune sunsweet
1 kotak buah kurma
1 cawan cili padi (lebih banyak lebih pedas .. lebih sedap)
15 ulas bawang putih (setiap ulas yg belah 2)
15 ulas bawang merah (setiap ulas yg belah 2)
1 cawan kismis
1 paket buah pala (yang bersalut gula atau potongan dari 2 biji) - xletak
halia (sebesar 1/2 tapak tangan)
Buah belimbing kering - xletak
* Panas kan air sampai mendidih dan celurkan satu satu (sekejap sahaja dalam 0.5 minit) semua diatas kecuali 'limauj eruk dan buah pala'

BAHAN E (Untuk tabur)
3 sudu besar bijan (goreng kering)
2 sudu besar biji sawi (goreng kering)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula..)
5. Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur. (JANGAN dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
* (Pastikan tiada air di gunakan. Air dari buah-buahan akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

Boleh bertahan ~ 1 tahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dgn air.

* Selamat menjamu selera .....


Buah2an yang mel letak - Limau jeruk buat sendiri, prune, kurma, cili padi, bawang putih, bawang merah, kismis, halia, jeruk betik, jeruk pelam, jeruk kedondong, dried guava

You Might Also Like

6 comment

  1. Adoiii...kecur air liur tgk asam limau tu...siap buh asam ha...telan2 air liur ni...rasa lak ngilu gigi....

    Cntik nmpk warna acar..msti sdap...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. [ asyifa mustaffa ] -mel sambil letak asam, sambil ngapp..perghh..memang sedap.tapi takleh lerr makan banyak2, tengah TTC ni..uhuuu

      Delete
  2. Assalammualaikum... Hai kak Mel.. hubby ina suka makan acar buah tapi Tengok bahan n step die, errkk Macam susah je... Tengok acar kak Mel nie Memang betul2 buka selera.. kalau hubby ina Tengok, hmm Memang terliur la die.. ape pun 1 hari nanti nak try wat juga.

    ReplyDelete
  3. [ zalina zakaria ] - wsalam. memang pembuka selera sangat. *profile private, tak jumpa blog nak terjah balik*.uhuu

    ReplyDelete