AYAM

Ayam Goreng Kalasan

3:33 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Cutikah semua? Mel dengan hubby tahun ni beraya Aidiladha di Sarawak saja. Tadi pagi dah masak ketupat segera dalam slow cooker. Ingat nak buat rendang ayam sikit dan masak lemang segera untuk hubby esok. Kot2 cukup bahan bolehlah melodeh juga. Bagi yang berpuasa hari ini, selamat menjalani ibadah puasa sunat dan semoga ibadah kita diterima olehNya. Amin. Juga Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.
Urmmm. Semalam masak nak guna dry basil. Tapi ternampak sesuatu sebab tuang kat tangan dulu. Ingatkan biji tapi telek punya telek macam serangga. Aduhai..selama ni guna tak perasan. Ingat baru masuk ke ape, tapi memang sampai bawah ada sekali. Ke memang betul biji basil? Basil ada biji ke? (sangatlah kurang berilmu bab pokok2 ni). Hubby pun kurang pasti mende pe..Sudahnya ku bior situ, nanti baru fikir nak buang ke nak guna. uhuuu..sadisss

Moh ler layan resepi yang sudah lama buat. Pada tekakku hidangan ini sedap jika pedas. Kalau dah nama resepi chef wan, memang tak mengecewakan. Kugandingkan dengan nasi ayam, ulaman dan sup kosong. Selamat mencuba.

Ayam Goreng Kalasan
Resepi: Koleksi Chef Wan (Ayam)

Bahan:-
Minyak masak untuk goreng terendam
1 liter/ 4cwn santan cair, perah dari 400g kelapa parut dengan 1 liter air
1 ekor ayam - dipotong dua
2 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
Serbuk lada putih secukup rasa
Cili padi - ketuk. Mel tambah

Kisar halus:-
2 helai daun limua purut
3 batan gserai
1 cm kunyit
1 cm lengkuas
2 bj bawang besar
6 tangkai cili merah - mel ganti cili kisar

Cara:-
1. Panaskan 3 sb minyak masak dan tumiskan bahan kisar bersama cili padi hingga wangi. Masukkan santan dan kacau sebati
2. Tambah ayam dan daun limau purut. Masak 25 min hinga ayam empuk. Angkat ayam dari kuah.
3. Renehkan kuah hingga pekat. Perasakan garam dan serbuk lada putih.
4. Goreng terendam ayam hingga keemasan. Toskan dan letakkan atas pinggan
5. Tuangkan kuah yang pekat atas ayam. Hiaskan dan hidangkan.

You Might Also Like

4 comment

  1. wahha..nampak sdap sangat ayam mel ni ..len kaliu leh cuba ni..
    ada serangga ke mel..klu rempah ratus yg biasa tu mmg boleh ada serangga/bubuk kan..tp klu yg jenis ni tak sure bubuk suka ke tak..

    ReplyDelete
  2. eeee...apa tu? kalau ingat nanti nak chek jugak basil tu ada cam tu jugak ke? Tp sebelum ni guna tak nampak lak cam tu...

    Nampak sedap jek apa yg mel masak tu...

    ReplyDelete
  3. [ Rohah ] - tak taula..ini rasanya sejak beli memang dah ada. Sebab tutup rapat jadi tak mungkin serangga masuk...Kalau rempah lain memang tau la, tapi yang ini..uhuu mel pn tak taula --__--

    ReplyDelete
  4. [ fazianbatrisyia ] - kena check juga..entah2 sama mcm mel punya, mungkin memang bukan binatang kot..

    ReplyDelete