NASI

Beras bario & Sambal Udang

9:19 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Itu hari masa kat hosp borak dengan staff sorang ni. Perempuan cina. Dia bercerita tentang keinginan dia untuk mengambil cuti dan jelajah Sarawak. Dia orang Kedah tapi keje kat hosp tu.

Yela boleh naik MasWings saja.
Mudah.

Nak g Bario katanya nak makan beras Bario. Teruja dengar dia cerita macam2 tempat dia pergi. Biasalah kalau belum kahwin, mana2 boleh pergi. Kita yang dah kahwin ni bukan takleh tapi banyak benda nak difikirkan especially keperluan anak suami. uhuu.. InshaAllah kami pun teringin juga, cuma rezekinya belum tiba. InsyaAllah murahlah rezeki kami nanti. Amin ^^

Nak dekat2 penghujung tahun kedua duk Sarawak ni, barulah merasai sendiri nasi bario ni.
Alhamdulillah.

Rasanya macam makan beras pulut hubby kata. Aku ok je, macam makan nasi biasa. Uniknya sebab ada warna purple gituu. Cuma nasi ni makan sikit pun mengenyangkan ( ke aku tak selera? hihii ).. InshaAllah bolehlah bawa balik semenanjung bagi family nanti. Asyik bawa ikan terubuk masin dan belacan Bintulu je, pasni bawa beras pula.

Aku hidang dengan sambal udang kegemaran hubby. Sambal ni mesti buat pedas2 baru sedap makan. Habis makan nasi, sambal ni diratah saja. Sedap! Alhamdulillah

Sambal Udang
Resepi:- mel@melinblossom

Bahan2:-
1 mangkuk udang 
1 tangkai daun kari
1 sk gula melaka
Garam, minyak

Bahan kisar:-
1/4 bj bawang besar
2 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2 sb cili kering kisar
8 bj cili padi
1 in lengkuas
1 in halia

Cara:-
1. Udang dibuang kulit dan dibersihkan. Lumur udang dengan garam dan serbuk kunyit, Goreng dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar bersama daun kari hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili dan gula melaka. Kacau seketika.
4. Kemudian masukkan udang. Kacau sebati. 
5. Masukkan sedikit air supaya tidak kering. Perasakan dengan garam
6. Boleh diangkat setelah pekat. Hidang bersama nasi panas

You Might Also Like

4 comment

  1. Bkn mcm nasi dagang ehhh. Belacan bintulu tu mmg popular kan.

    ReplyDelete
  2. [ Suzie ] - lebih kurang kot cuma nasi dagang macam lemak2 sikit, ni rasa macam berkanji gitu..*mel xpandai bab2 rasa ni.hihi*

    Belacan bintulu memang popular. Agak mahal tapi sedapp. Kot2 akak nak, mel boleh lerr membantu tolong beli dan poskan..^^

    ReplyDelete
  3. ye lah mel... nampak cam nasi dagang...anak2 ngan asben kak fiza ni kalau makanan pelik sikit mmg payah nak jamah...

    belacan bintulu...?sedap ye...nanti blh la kak fiza ode kat mel...hehehe

    ReplyDelete
  4. [ Hafizah Mohamad ] - Boleh2 mel tolong belikan. Nanti leh tinggalkan komen ngan no tepon tapi mel tak publish lerr.

    Nikmat mesti dikongsi bersama.hihii

    ReplyDelete