DAGING

Gulai Daging Terengganu Style

1:46 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Banyak pula binaan yang runtuh sejak akhir2 ni. Semalam pasal hospital di Serdang nun. Pagi ni pasal pasaraya baru di koberang tu. Sangatlah malang tak berbau. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Ritu pergi situ niat nak mencari rempah gulai yang semua orang duk war2kan kesedapnnya tu. Yela, cuti pendek, nak jelajah byk negeri mana sempat nak pusing lama2 koberang. Tapi xsempat pusing lama, keluar terus.

Jumpa satu kedai ni, punyalah banyak rempah. Tak perasan sangat kepelbagaian rempah sebab nak cepat. Jadi beli rempah gulai saja. Dah terpegang dah rempah masak, ingatkan benda yang sama jadi tak beli. Rupanya lain. Next year balik ler baru beli. hihii. Tapi tak cukup satu rempah pun sedap juga. Dihidangkan dengan nasi minyak dan keropok ikan tamban, bertambah2 hubby makan. Alhamdulillah.


Gulai Daging Terengganu Style
Sumber:- Ayu


Bahan(3-4 orang)
300 gram daging segar - direbus sehingga agak empuk
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose
11/2 sudu besar rempah masak cap bunga rose - Mel xletak. Lebihkan rempah kari/gulai
1 sudu kecil rempah kari daging cap baba's
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar Holland
2 inci lengkuas
1 inci halia
2 sudu besar cili boh
1 kotak kecil santan
1 batang kayu manis, 2 biji bunga lawang,2 biji buah pelaga dan 3 biji cengkih
2 lada hijau & merah - dibelah dua
1 biji bawang besar Holland - dibelah empat
1 biji asam keping
2 sudu kecil kerisek
3 biji kentang
Garam, gula & bahan perasa

Cara-cara
1. Daging direbus hingga empuk. Air daging jgn dibuang.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dan lengkuas. Letak sedikit air sahaja untuk mengisar supaya bahan2 kisar tersebut menjadi pekat dan tak cair.
3. Campurkan cili boh, rempah gulai dan rempah masak cap bunga rose serta rempah kari daging ke dalam bahan2 kisar tersebut. Adun hingga sebati.
4. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga sehingga naik bau.
5. Kemudian masukkan bahan kisar yang telah dicampur dgn cili boh dan rempah2 tadi. Masak sehingga naik minyak dan garing.
6. Masukkan daging dan air daging. Kacau perlahan2 sehingga sebati bersama2 dgn rempah tersebut.
7. Masak sehingga naik minyak. Kemudian campurkan santan dan kerisik.
8. Masukkan asam keping, cili hijau dan merah yg telah dipotong dua dan bawang besar yg telah dipotong empat. Boleh juga dimasukkan ubi kentang jika suka.
9. Akhir sekali, perasakan dgn garam, gula dan bahan perasa.
Selamat mencuba!


Btw, sudahkan anda menonton video dari Jamie Oliver ni? Aku memang tak makan McD *boikot* tapi teringat hubby pernah kata sesuatu tentang nugget. Tentang kandungan nugget yang dimakan. Lebih kurang sama macam dalam video ni. Sejak hubby cite memang tak pernah beli/makan dah nugget dah.

So kalau tengok video ni, fikir2lah ye. Sebaiknya kita proses semua makanan sendiri. Sedap tak sedap belakang cerita. Mula2 buat mungkin tak sesedap yg dijual, lama2 dah pandai inshaAllah sedap dan berkhasiat. Yang penting kesihatan diutamakan. Jangan sebab makan sedap masa muda, habiskan duit untuk baiki kesihatan pula saat tua.

You Might Also Like

14 comment

  1. Replies
    1. tau takpe..kalau kat kenduri2, ini tuju dulu :D

      Delete
  2. walaupon ai org ganu, tp kt umah pakai rempah kari adabi. hihi.. rempah cap buga ros ni beli wat kuah nasi dagang je..
    ps: nnti ai pon nk tiru yu wat bawa blk daging frozen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak kerana jumpa org post pasal rempah ni, mel pun guna kari adabi je..Tanya hubby org ganu dia tak kisah pun, mana2 pn boleh katanya....hihi

      Nampaknya kalau nak tiru mel, kena beli esbok lagi satu lerr..kalau tak tengok esbok mel apepun xleh isi..sabo jela

      Delete
  3. Salam kenal Mel :)

    Nampak sedap gulai daging awak tu :)

    ReplyDelete
  4. Lama dah x mkn mcd...boikot!!!

    X penah jumpa rempah cap ros tu...sedap ye...?

    ReplyDelete
  5. ala lapar pulak tgk gulai daging ni. awrrr :p

    kite pun dah lama tak menapak ke mekdi tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahhaa..bab gulai menggulai ni tak boleh ditolak.perut kenyang pn boleh lapoorr

      Delete
  6. Harus dicoba ni...hehe...berlemak ler badan kakpb asyik bedal daging je seminggu dua ni...

    ReplyDelete