Sewing

Diy Paper Flowers

1:25 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Alahai tak reti benor aku nak mendeko dan menghias dalam rumah. Letak bunga tiruan sana sini bukan satu kegemaran. Rasa macam semak mata (mata aku laa, mata org lain ok je) dan memanggil habuk datang. Kalau bunga segar aku suka. Rumah ni ada bunga ros dan orkid je. Itupun macam nak hidup nak mati je.

Hari tu Tun datang baru kelam kabut nak deko bagai. Sudahnya aku buat bunga kertas je. Pasu ni lama dah ada, hadiah dari hubby. Hahahaa..segan aku dengan tetamu, rumah besar tapi kosong tanpa hiasan. Dapat sejambak, jadilah dari xde langsung. Cantik ke tak belakang cerita. kuikuiii


Paper Flowers

Bahan:-
Kertas
Lidi pencucuk (Ala yang buat sate tu)
Pen
Gunting
Gam
Pasu

Kaedah:
1. Gunting kertas segiempat sama bersaiz 8 x 8 cm.
2. Gunting lagi sehingga membentuk bulatan. Kemudian lukis garisan membulat dan gunting kertas mengikut garisan seperti rajah. ( Mel main lukis dan gunting je. Tak perlu rapi sangat )
3. Gulung kertas dari hujung hingga ke tengah. Rapikan dengan meletak gam dan cantum dengan lidi pencucuk.

Rujukan:-HDS


You Might Also Like

8 comment

  1. pandai gak buat bunga...kalau sy lom tentu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rujukan bolehlah tiru sikit2.kalau tido, xdenya jadi

      Delete
  2. Boleh la tu drp terbiar pasu kosong. Kakzana suka kraf tgn begini cuma nak cari bahan agak susah disini (Sabah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. di sini pun xberapa ada bahan2 nak wat kraf bagai..jadi guna saja apa yang ada..*Bila nak pindah ni*uhuuu

      Delete
  3. ala comelnya!

    untunglah tangan lembut

    kite tangan keras, so tak berapa nak kretif sgt hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lembut? 2-3 jam mengadun bunga sejambak. kalau org lain mau 30min dah siap. Keras sebenarnya tangan nih.ahakkss

      Delete