RESEPI

Ketam Mentega

5:45 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Tak ingat entah tahun bila, ada satu pagi nak sahur tu mak masak ketam. Habis je makan sementara tunggu azan kegatalan satu badan. Tapi xde kesan atau sebarang merah macam kena ulat bulu tu. Sah sebab makan ketam. Pagi tu tido balik dalam keadaan badan dilumur asam jawa. Kalau tak kerana kegatalan pagi tu, aku tak tahu pun yang aku tak boleh makan ketam biru.

Tapi ketam merah aku ok je. Walaupun ketam biru ni bila masak dia jadi warna merah, tapi xtau kenapa xboleh makan. So kalau pergi restoran memang aku takkan makan lerr.. Yela semua sama warna. Mana nak tahu dia masak ketam biru ke merah kan.


Masa nak masak resepi ni semua bahan cukup. Sekali pecahkan telur masin, tak elok daaa. Jadi memang tak ikut ler resepi asal. Nama pun kena tukar gayanya. Memandangkan aku punyalah suka ketam, tangkap gambar pun ala kadar dek kerana bau hidangan ni punyalah menyelerakan. Memang malam tu masakan ni dipuji2 kesedapannya oleh hubby. Kitaorang makan dengan nasi goreng. Pedas, lemak2 manis dan sedap sampaiii menjilat jari u..

Resepi asal dari page k.hana. Resepi ni mel dah olah. Sangatlah derhaka! Mohon halal ye  ^^

Ketam Mentega 

Bahan-bahan:-
3 ekor ketam
3 sudu besar butter
1/4 - 1/2 cawan susu segar

1/2 bj bawang besar
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih
2-3 biji cili padi - hiris
sedikit garam dan gula

Cara-cara:-
1. Belah ketam kepada dua bahagian.Cuci bersih.
2. Lumur ketam dengan garam dan tepung gandum.

3. Goreng ketam dalam minyak terendam 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan butter, tumis bawang besar, bawang putih, cili dan daun kari hingga naik bau.
5. Kemudian masukkan susu segar dan ketam.
6. Tutup kuali supaya ketam masak sepenuhnya. Sesekali balik2kan supaya masak sekata. Perasakan dengan garam dan gula. 

7. Angkat dan hidangkan

You Might Also Like

6 comment

  1. UUuu... uuuuu.. sedapnyer ketammmmm..... tp mmg cari nahas kalau makan.. stok antihistamin mmg bawa dlm handbag kot2 tersalah mkn apa2 yg allergic. tp ketam kuat betul allergik dia, mkn ubat pon xjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 kena pantang ketam la kalau makan ubat pun tak jalan..parahhh

      Delete
  2. mungkin ketam biru kadar asidnya lebih...memang ramai yang alahan kalau makan ketam biru tu...ada petua kalau nak elak alahan tapi dah lupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada petua pn takut nak makan.kot2 petua berkesan kat orang lain tapi tak berkesan kat diri sendiri. Mudarat sendiri lerrr tanggung

      Delete
  3. sy pengemar ketam. ketam biru & ketam merah corak badan dia lain. boleh perhati masa segar kat pasar. cuma cam teringin nak makan ketam nipah...lum penah cuba. Nampak org beli hidup2....kalau sendiri beli tak pasti boleh uruskan ke tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mel memang tak boleh uruskan yg hidup2. takut ketam tu masak mel bukan sebaliknya.hihi

      Delete