بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Salam hari Jumaat semua. Ape tajuk makaroni, keluar gambar pokok pula.. Sebenarnya sangatlah jeles kat orang2 yang ada kebun sendiri. Tengok gambo ni, pakai kertas pun boleh jadi pasu ha. Kreatif betul. Aku ni nampak cacing pun terjerit2..cukup geli lerrr..Dalam kepala duk bayangkan dia merayap kat badan..euwwww..
Kalau ada benda2 macam ni kat rumah, seronoknya. Sejuk je mata memandang, nak masak atau nak petik pun rasa sayang. Alahai..
Ni lagi satu, limau pun boleh tanam secara gantung
Kalau tangan aku mau seminggu dah mati pokok
Kredit: CGA
Marilah layan resepi pula. Resepi makaroni yang mudah saja. Boleh tahan sedapnya. Tapi takleh masak banyak2, muak k. Doktor saran kurangkan makan nasi, tak berkhasiat katanya. Mana2 la doktor yang boleh kami ikut, kami buat. Yang tak boleh kami belasah je. hiihiii
MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
2 cawan makaroni ~ k.nor guna jenis shell
1 kpg dada ayam ~ dipotong kecil
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/2 batang carrot *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak
Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.
* Isi ayam boleh digantikan kepada hirisan daging atau daging cincang.

4 comment
mantapnyer oren yg gantung2 tuu.. ai ni, kalau ada anak pokok maybe blh hidup, tp nk semai sendiri tu mmg payoh laa..
ReplyDeleterasa2 mcm penah buat resepi kak nor nih, tp sbb byk sgt resepi kan, lupa dh mana dh buat n mana yg duk queue tak buat2.
tau takpe, ai rasa nanti kalau dah pindah semenanjung nak buat camtu la. belajar tanam sikit2..uhu
DeleteTanam limau atas tanah pun hidup segan mati tak mau kalu gantung tu sah2 mati terus hahah
ReplyDeleteKalau tangan mel memang selalu hidup segan mati tak mau..kadang2 hari ni tanam, esok dah mati.tak hidup2 nye..tangan panas gamaknya..hihi
Delete