PIZZA

Pizza Daging Sedappppnya!

11:41 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Pernah masa remaja2 dulu pergi rumah sorang member ni, mak dia hidangkan piza. Buat sendiri punya. Masa tu fikir 'Hebatnya mak dia leh buat piza sendiri'. Yela masa tu nak makan piza, beli je. Mana nak buat2. Bila dah berumah tangga ni baru tau senang rupanya nak buat sendiri. Ketawa sorang2 ingat saat tu. uhu

Mel dah banyak kali guna resepi doh ni. Memang puas hati. Cuma topping dan sos mel buat sendiri sebab hubby suka resepi isteri dia ni. Boleh jual kat piza hut katanya. Bila sedap sangat, dia akan kata leh jual kat kedai..Kalau sedapnya biasa2 je, dia akan kata ok sedap.hihiii

Bila canai nipis, doh luarnya berkerak gitu bila bakar, tapi dalamnya lembut, sedap woo. Kalau canai tebal, lembut je masa makan.. Tapi bila canai nipis,doh ada lebih jadi bentuk bulat2 dan goreng. Tabur gula jadilah donut. Lembuttt sangat.  Memang enak!

Tapi yang buat semalam ni, masukkan adunan dalam breadmaker. Pastu tinggal je.*Busy* Buka2 sekali dah jadi roti. Salah setting maaaa.. Membazir sudah. Buat kali kedua adunan, setting betul2 BM baru jadi cantik. Alhamdulillah. Kelakar pun ada rasanya..adoiii

Pizza Stuff Crust
Sumber: Izah
 

Bahan-bahan untuk doh :
1/2 sudu kecil yis
60ml susu segar
45 ml air suam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil tepung gandum


180g tepung gandum
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar majerin

Kaedah penyediaan doh :
1. Taburkan yis di atas air suam. Tambahkan gula dan sedikit tepung gandum. Biarkan yis bertindakbalas, lebih kurang 10 hingga 12 minit.
2. Tuangkan susu segar dan air suam ke dalam breadmaker. Masukkan tepung gandum, gula dan garam. Tuangkan adunan yis dan setkan breadmaker pada program ulian. Setelah doh sebati, masukkan majerin dan uli sekali lagi. Ulangi proses menguli sebanyak 4 kali.
3. Setelah itu, biarkan doh naik sekali ganda. Mama bungkuskan mangkuk berisi doh di dalam beg plastik bersih dan tinggalkan di tempat yang suam.
4. Setelah naik, tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Canai doh senipis yang dikehendaki.
5. Sapukan sos, taburkan bahan-bahan topping. Biarkan piza naik.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 15 hingga 20 minit atau hingga masak.



Sos dan Topping
Resepi:  mel@melinblossom 

Bahan sos:-
 3 biji Meatball Marina - hiris nipis
2 batang sosej - hiris serong
1 bj bawang besar - hiris
2 uals bawang putih - cincang
5 bj cili padi - ketuk
3 sb sos cili
2 sb sos tomato
1/2 sb serbuk lada hitam
Garam, gula

Cara: 
1. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi hingga layu dan kekuningan.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, meatball dan sosej. Kacau rata dan biar daging masak sebentar.
3. Seimbangkan rasa dengan garam, gula dan lada hitam.
4. Matikan api. 

Bahan Topping:- 
1 bj cili merah - hiris
1 bj cili hijau - hiris
Capsicum merah, hijau - dadu
1 bj tomato - hiris bulat 
1/2 sk serbuk oregano
Cheese - parut 

Cara:-
1. Susun rata sos atas doh yang dicanai di atas pan piza.
2. Tabur cili merah, cili hijau, tomato, capsicum dan serbuk oregano.
3. Tabur cheese yang telah disagat
4. Bakar 180C selamat 20 min 


You Might Also Like

3 comment

  1. Lama juga tak buat pizza. Akak suka buat pizza bayam. Yum yum best. Hihihi

    ReplyDelete
  2. [ Suzie ] - wahh..1st time ni dengar piza bayam..Ada resepi tak?Nanti mel jalan2 lagi kat blog akak cari resepi piza bayam.. Mesti lain dari yang lain ni

    ReplyDelete