KUIH

Kuih Kaswi Pandan Lemak

3:40 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Minggu ni tiap2 malam hujan, pagi petang siang malam hujan. Alhamdulillah malam tido lena, siangnya sejukk.. Seronok sangat. Tapi kalau di bandar nun, hujan rintik2 pun tension. Tension sebab kesesakan lalu lintas. Kan?

Pokok pandan ni ditanam masa kami mula2 sampai sini. Bulan Dis 2011. Kecil je. Lepas hampir 2 tahun, jadi hutan pandan dah. Dari naik tinggi hingga jatuh2 ke tanah dah. Alhamdulillah. Tapi bila banyak ni tak tahu nk wat pe. Kang bila takde baru nak mencari..uhuuu


Kuih kaswi yang buat minggu lepas. Kegemaran sangat2! Golek2 dengan kelapa parut dan makan masa suam2 memang sedap. Resepi ni rasanya berlemak2 sikit, jadi menambah kesedapan. Ngapp..ngap..ngapp.. masuk mulut tinggal sikit tuk pameran dalam blog..uhuu..Jadilah dari takde. Terbaiklah resepi ni!

Kuih Kaswi Pandan Lemak
sumber : zana

Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 3 helai
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh air kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 biji telur - x kira saiz
beberapa titik pewarna hijau.
1 sudu teh pandan paste - Bundo tambah
secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.

Cara membuatnya :
1. Kacau sebati tepung gandum dan tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur.
2. Pastu campurkan kesemua bahan2 yang lain. Kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ni
3. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak, jgn lah tebal sangat, dalam 3 cm cukup.
4. Pastu kukus lah hingga masak.. dalam 20 - 25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sebelum mengadun adunan.)
5. Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam.

You Might Also Like

4 comment

  1. Suka sangat kaswi ni. Pandan tu masukkan dlm kereta almari bagi halau lipas. Buat bunga rampai letak dlm rumah. Mesti wangi je.

    ReplyDelete
  2. [ Suzie ] - Pernah letak dalam almari halau lipas tapi tak pergi2 pun lipasnya..Kat sini lipas lagi hutan datang..uhuu..

    Tak terfikir plak nak buat bunga rampai.. Tq kak bagi idea! Cayalahhh kak!

    ReplyDelete
  3. lama x ulang buat kaswi pandan. kegeraman jugak ni. kawan sy rajin buat bunga rampai setiap minggu...utk wangian bilik cam pengantin baru katanya

    ReplyDelete
  4. [ fazianbatrisyia ] - Pas kak suzie bg cadangan wat bunga rampai, tetiba teringin nak buat..Akan diusahakan juga..Memang akan mood pengantin baru lah!uhuuu

    ReplyDelete