Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Mee Sup Daging

8:55 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Salam hari Jumaat semua. Pagi ni taip entri sambil gigil2 dalam baju sejuk. Siap berstokin lagak macam orang berpantang dah. Nasib baik bilik mandi ada pemanas air, kalau tak jerit2 mandi air sejukk.uhu.

Itu hari tonton rancangan Ustaz Don tentang kiraan haid. Tahukah anda bahawa kiraan haid perlu dikira dalam bulan Islam dan bukan dalam bulan biasa (Jan-Dis)? Ada sorang blogger buat entri pasal ni. Isi kandungan memang sama seperti yang aku tonton. Aku xreti buat ayat sangat, jadi anda boleh rujuk penjelasan Ustaz Don di blog tersebut. Jadi sila war2kan kepada semua terutamanya untuk anak2 mahupun adik2 kita yang baru mengenali haid.


Mee sup ni buat petang kelmarin. Bukan mee tapi spaghetti. Kalau biasa masak al dente tapi yg ini lebihkan masa rebusnya, rasanya sama macam mee kuning. Hubby balik kesejukan dalam hujan, isterinya masak sup daging kegemaran memang laju dimakan. Dipuji kesedapan supnya. Ditambah pula ada ketupat dan kacang tanah, hirup sampai ke kuah2 licin. Alhamdulillah ya Allah

Mee Sup Daging
Resepi:  yatiememories

Bahan-Bahan
500 gm daging
2 btg serai- di titik
1/2 inci lengkuas- di hiris
3 sudu besar rempah sup adabi
2 sudu besar rempah kurma adabi
1 sudu besar serbuk lada hitam/lada putih
minyak utk menumis
5 cawan air atau secukupnya
garam dan sedikit gula

Bahan Kisar

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia

Bahan Tumis

1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
2 ulas bawang merah di mayang
2 ulas bawang putih di hiris

Cara Memasak.

1. Rebus daging hingga empuk dan toskan. Jangan di buang air rebusan. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu ya.
2. Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cwn minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
3. Masukkan rempah sup dan rempah kurma yg di bancuh dngn sedikit air. Masukkan pula serbuk lada hitam. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
4. Masukkan daging yg telah di rebus dan masukkan sekali air rebusan daging.
5. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan masukkan sawi. Bolehlah di hidangkan bersama mee yg telah di celur.

Bahan2 Penyediaan Mee Sup

1 bungkus mee kuning
1 mangkuk taugeh- buang ekor, cuci, celur dan toskan
daun sup, daun bawang-cuci, toskan dan dihiris halus
bawang goreng.

Ketupat mini, sawi, kacang tanah goreng - mel tambah

Cara Penyediaannya.

1. Masukkan mee dan ketupat yg telah di celur ke dlm mangkuk. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
2. Taburkan daun sup/bawang, bawang goreng dan kacang tanah. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.

Sambal Kicap

10 tangkai cili padi merah
15 tangkai cili padi hijau
3 ulas bwng putih-bakar sebentar
1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
2 biji limau kasturi-ambil jusnya.

Caranya

1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
3. Boleh di makan bersama mee sup daging tadi.

You Might Also Like

5 comment

  1. Akak suka sup daging walau makan dengan apa pun

    ReplyDelete
  2. berbaloi kalau masak hb suka & mkn bertambah...biar kita yg tak tambah, jaga badan kononnya...

    ReplyDelete
  3. [ Suzie ] - mel pun suka sangat.. lagi2 layan selera hubby yg suka sangat daging ni

    [ fazianbatrisyia ] - tang yang nak jaga badan tu yang payah tu.hahaha

    ReplyDelete
  4. Baru tau cara kira haid tu...thx mel share nya...nak terjah sana...:-)

    Sup daging...ayam...mmg la pebert kami sekeluarga...sedap kan...tmbah dgn cuaca x mnentu ni..hirup sup panas2....nyaman je rasa...

    ReplyDelete
  5. [ asyifa mustaffa ] - Tonton penjelasan Ustaz Don tu memang membuka mata sangat2. Banyak kesalahan yang kita buat secara sedar atau tidak dalam mengira tempoh haid tu..

    ReplyDelete