RESEPI

Tomyam Sayur

2:32 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Minggu ni hujan tiap2 malam. Kekadang lebat, kekadang renyai. Alhamdulillah. Seronok sangat tidur *lena*.uhu. Badan tak berapa nak bekerjasama dengan cuaca panas jadi mulalah timbul jerawat sana sini. Sabo jela. Nasib baik dah habis lebaran, kalau tak, menepek kat rumah orang dengan muka berjerawat..kikiki

Di sini pergi rumah terbuka tapi semua orang Semenanjung. Jadi rasa masakan semenanjung juga. Hari tu 1st time g rumah orang Sarawak, memang ada sedikit kelainan. Yang lainnya ada kek lapis *semestinya buat sendiri*, ada kerepek rumpai *sedapp* dan umai ikan. Selalu nampak umai ni di pasar tapi tak pernah nak beli.

Kali ni dapat rasa, sedap juga tapi tak leh makan banyak2. Umai ni ada macam2 versi. Yang ini ikan segar yang dimakan dengan cili kicap pedas tu. Btw, cili kicap tuan rumah ni sangatlah sedap. Aku siap minta resepi lagi. Nak balik tuan rumah bekalkan, mak aiii punyalah banyak dia bagi, berbekas2. Suka dapat makanan free tapi takut tak habis sebab hubby tak berapa suka. Nanti aku sorang2 yang makan. So share ngan orang lain sikit. Harapnya habislah orang tu makan ya ^^


Belakang rumah ni ada pokok limau purut yang besar juga. Sepokok dah mati dalam poly bag dimakan ulat/semut ke ape ntah. Tinggallah sepokok yang  hampir mati juga tapi bila dipindahkan ke tanah, hidup dengan subur. Banyak daunnya, jadi seronok dapat buat tomyam. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya dan licin hubby makan. Yeahhhh!

Tomyam Sayur
Resepi: mel

Bahan:-
*5 bj cili padi - ketuk 
*1 inci lengkuas - ketuk
*1 ulas bawang putih - ketuk
*1 batang serai - ketuk
*1/2 bj bawang besar - belah 4
*1 bj tomato - belah 4 
*2 helai daun limau purut 
*1 sb sos ikan
*1 sb perencah tomyam Knorr
Mix vege ( Kubis bunga, jagung mini, batang saderi, carrot, cendawan dsb) 
Ayam, Sotong, Udang
Daun ketumbar
Minyak, air 

Cara:-
1. Didihkan air dalam periuk rebusan bersama ayam, udang dan sotong.
2. Masukkan semua bahan bertanda (*). Kacau
3. Masukkan pula mix vege.
4. Jika perlu masukkan garam (mel tak letak). Sesuaikan rasa
5. Setelah sayur sedikit layu, matikan api. Tabur daun ketumbar sebelum dihidang.

Mel memang guna pes segera sahaja sebab hubby suka. Dan biasa masukkan protein sedikit dan lebihkan sayur. Kalau tak mahu protein, masukkan sayur sahaja. Atau kalau nak masak tomyam campur, boleh kurangkan sayur, masukkan seafood lain seperti ketam. Boleh perahkan limau jika suka


You Might Also Like

5 comment

  1. Replies
    1. betul2..lagi2 tengah hujan ni..wallahhh memang selera

      Delete
  2. lalallalalalalallalala.... suke nyerr kat pop up window nihh.. hahhaha...

    ReplyDelete
  3. Mel.. ulat bulu kat sini mmg makanan faveret dia daun limau purut. tun beli anak pokok limau purut, pantang kuar daun byk sket, segala spesis ulat bulu duk membiak kt daun tu. last2 gondol tinggal batang je.. dah la daun limau purut yg jual kt sini x besh. kasar2 dan kurang bau pahtu pahit. last2 terpaksa gak ai bawak stok dr kampung. frozen daun limau purut. huhu..

    ReplyDelete
  4. mak ai kata kalau pahit tu tak boleh letak dalam masakan. Sebab itu pokok limau purut buat ubat punya..Kalau yang sedap dan tak pahit tu yang sebetulnya..

    Mak aii cite,pernah minta kat jiran daunnya, pokok besar betul. Bila buat rendang, pahit. Ke tong sampah rendangnya..Sabo jela

    ReplyDelete