Sewing

Nilai Square | Heavy Cotton

10:21 AM


Assalamualaikum. Balik lebaran hari tu, setibanya di lapangan terbang, terus ke Nilai. Balik ke kampung tak tahu bila, jadi borong sikit heavy cotton. Di sini tak terjumpa ada orang jual heavy cotton. Nak beli online rasa membazir sangat duit postage sebab dah nama heavy cotton, jadi memang berat dan mahal amatlah bayaran posnya.

Mau lagi mahal dari harga kain. huh!

Sebelum berlepas jenuh menggoogle mencari kat mana kedai Jelita yang para penjahit semua perkatakan tu. Yela, bulan puasa sian ayah penat jemput kami pastu nak kena pusing2 kalau tak tahu kat mana kedainya. Selama ni tahu Nilai 3 je. Rupanya ulang alik dari airport ke Johor, memang lalu Nilai Square ni. *Sangatlah tak tahu*.


Kedainya berdepan dengan Mcd dekat Dataran Nilai (Betulkan kalau salah). Ada orang panggil Nilai 1 juga. Yang ada tak banyak yang berkenan di hati, alhamdulillah dapat borong sikit heavy cotton. Dengan harga RM9.90 semeter kira murah juga sebab lepas tu tengok kat Nilai 3 semeter RM12 daaa. Kalau nak borong kain Japanese Cotton or English Cotton memang inilah tempatnya. Tersangatlah banyak pilihan.


Sempat juga pusing2 di situ cuci mata cari baju raya. Ada satu kedai tu agak ekslusif, tapi bila tengok banyak sangat pilihan terus rambang mata. Yang mahal, yang murah, yang bling2, yang manik, yang bersulam semua ada.

Bila dah tak tahu mana nak pilih, tak beli juga sudahnya.

Yela semua lawa2 dan tak dapat decide mana nak beli. InshaAllah tahun depan tak payah susah2 nak cari di Bintulu, bila balik sana boleh terus beli. Beli sekaligus baju melayu dan bolehlah matchingkan terus dengan baju isteri dan keluarga. Tersangatlah banyak pilihan. hihi

You Might Also Like

2 comment

  1. mel pun time rajin je jahit..time penyakit 'M' datang, pandang pun idokk kain beli banyak2 tu..hihi

    ReplyDelete