Agama Islam

Syukur

11:24 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum.
Seseorang di hosp. berkata padaku:
"Bestnya hidup macam u. U patut bersyukur tau sebab ramai orang nak hidup macam u. Happy saja."

Aku gelak.
Tak tahu susah senang, pahit manis kehidupan aku.
Alhamdulillah orang tengok aku bahagia
Orang tengok aku happy

Orang kata rugi ko belajar tinggi2 duk rumah.
Allah dah tetap rezeki aku di situ.
Ape ko nak mengutuk apa Allah beri

Orang kata rugi ko belum punya anak
Allah nak uji iman dan kesabaran aku
Ape ko nak pertikai kerja Allah

Tak kira musim hujan, musim panas
Tak kira ribut taufan, atau pelangi datang
Bersama belajar di semua musim

Apalah sangat perli maki orang
Sesungguhnya tiada orang boleh bawa mudarat tanpa izin Allah
Nanti dah penat, senyaplah tu
Yang sakit hatinya dia
Yang penatnya dia, penat mengutuk orang
Yang mudaratnya dia, pahala dosa tak ingat?

Sabar dan syukur itu mesti bersama
Kalau tak sabar, bagaimana nak bersyukur
Asyik merungut saja
Syukur dengan baik buruk, pahit manis kehidupan

Berlapang dada itu sentiasa
Hati yang kecil tak menjadikan kita besar
Tapi hati yang besar menjadikan kita bahagia

**Semoga Allah limpahkan rahmat dan kebahagiaan pada semua orang ^^

Pupuk rasa bersyukur:

1.  Nabi s.a.w. ajar:- Lihatlah orang yang lebih rendah kadar nikmatnya, jangan lihat orang yang lebih dari kita.

Kalau rasa tak cukup makanan, anak2 complain tentang makanan, lihat anak2 yatim. Makan saja apa yang ada.

Kalau rasa rumah kecil, lihat rumah orang lain yang lagi kecil. 
Jangan lihat orang kaya, rumah besar.
Apepun tak dapat. Hati cemburu saja.

2. Kenali Allah s.w.t. Digalakkan menuntut ilmu supaya kenal dan dekat dengan Allah. 

Bila dah kenal Allah, kita akan kata semua yang ada ini milik Allah

Kita ibarat penjaga parking kereta. Sekadar menjaga sebentar harta benda pemilik asal.
Allah boleh ambil semula apa yang dipinjamkan kepada kita

3. Pandai2 jaga pandangan

Kalau tak jaga pandangan, hati dan nafsu mulalah complain ini tak cukup, itu tak cukup.


~ Tanyalah Ustazah

You Might Also Like

1 comment

  1. iye...lain org lain dugaan. tak semestinya byk duit br hidup senang...setuju dgn apa yg ditulis

    ReplyDelete