NASI

Nasi Goreng Tomato

9:43 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Sarapan apa pagi ni? Bangun pagi sejuk sangat. Hujan punyalah lebat. Hari cuti jadi boleh rehat lama sikit. Tapi itulah ada program rumah terbuka aidilfitri hari ini. Walaupun raya dah habis tapi company buat juga untuk caw. Sarawak. Seperti tahun2 sebelum ni memang buat hujung2 lebaran sebab GM nak pergi banyak caw, jadi kiranya Srwk destinasi terakhir. Semoga perjalanan hari ini diberkati dan dapat menjalankan silaturrahim dengan ramai orang ^^

Layanlah resepi mudah gara2 teringin nak makan nasi tomato tapi malas nk buat. Sudahnya goreng je nasi putih. Sama lah rasanya macam nasi tomato walau goreng saja. hihi

Nasi Goreng Tomato
Resepi: mel

Bahan (2 orang makan):-
2 cawan nasi putih sejuk
Rempah tumis ~ 4 sekawan
2 bj bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - cincang 
1 batang serai - titik
4 bj cili padi - ketuk
1 bj tomato - potong bulat
Mix vege - carrot/sawi/kubis
2 sb sos cili
1sb minyak sapi
1 sb minyak masak
Garam, gula
Daun sup, bawang goreng

Cara:-
1. Panaskan minyak. Tumis 4 sekawan.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, cili padi dan tomato. Kacau hingga layu.
3. Masukkan sos cili. Kacau sebati.
4. Masukkan nasi dan mix vege. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Hidang dengan daun sup dan bawang goreng

You Might Also Like

1 comment

  1. tun pon goreng nasik je mlm ni.. tiba2 dilanda kemalasan nk memasak.. sejukk jd rasa mcm nk berhibernasi je nih..

    ReplyDelete