TTC

Pati Delima. Masam berkhasiat!

9:42 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Satu lagi tips yang boleh membantu ttcians di luar sana tu.

Pati delima Gulsan. Manis. Masam tapi sedap dan berkhasiat!

Bukan baik untuk para wanita sahaja tapi seisi keluarga pun boleh amalkan. Alhamdulillah sekarang satu keluarga amalkan. Bagi mak ayah minum supaya sentiasa sihat selalu. Macam2 produk kesihatan berasaskan buah ini, buah itu ada dijual tapi ada antara kita yang meragui keberkesanannya. Memandangkan delima ni ada disebut dalam Al Quran, jadi kebaikannya memang tak perlu diraguilah.Cuma kita ni nak amalkan ke tak je.




Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
• Membaikpulih fungsi hati dan limpa
• Mencuci buah pinggang dan salur kencing
• Membantu penghadaman
• Menambah tenaga
• Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
• Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
• Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
• Mencantikan kulit

------------------------------------

Khasiat dan fungsi Pati Delima Gulsan :

Untuk Ibu Mengandung:
* Menaikkan HB semasa mengandung.
* Mengatasi masalah morning sickness dan rasa berat badan.
* Menambah cantik dan gebu kulit anda dan baby anda, di samping membantu proses tumbesaran baby dalam kandungan.

Untuk Wanita dan Lelaki:
* Mengetatkan rahim dan menyuburkan rahim.
* Meningkatkan pelinciran semulajadi, menjadikan hubungan intim lebih selesa dan mesra.

Untuk Wanita
* Memperelok dan melancarkan perjalanan haid.
* Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan.
* Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (mengelak kesakitan senggugut).
* Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam.

Untuk Seisi Keluarga tak kira tua ataupun muda.
* Menurunkan tekanan darah tinggi / kolesterol tinggi.
* Mengeluarkan angin dan asid dalam badan (mencegah penyakit gastrik dan kanser usus).
* Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan.
* Menurunkan paras glukosa dlm darah, membantu pesakit kencing manis.
* Sesuai dijadikan sebagai ubat batuk kerana ia menghapuskan kahak, meredakan penyakit batuk.
* Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah




Aku amalkan sesudu 2 kali sehari. Pagi sebelum/selepas sarapan dan malam sebelum/selepas makan. Waktu tu ikut suka aku, kadang2 lepas makan, kadang2 before makan. Dulu bancuh 1 sb dengan 1/2 air masak tapi sekarang hirup gitu macam makan ubat batuk. Masam tapi hujung2nya manis. Sedap kekadang ketagih nak lagi. Tapi nanti overdose pula.uhu. Kekadang pakai sudu plastik, kadang2 bantai je guna sudu besi. Hubby pun sama2 amalkan.

Kebaikan yang aku alami:-
1. Tenaga - Kalau seharian buat kerja tu memang tak rasa penat. Lenguh2 kaki macam dulu2 pun dah takde. Tak rasa letih.Kalau pergi shopping, seharian pun boleh ^^
2. Perkumuhan - Masalah buang air besar aku memang takde tapi cuaca panas kat sini buat badan susah nak membuang. Lepas amalkan memang tiap2 hari membuang. *Lega*.
3. Angin - Angin dalam badan pun dah kurang. Kalau dulu asyik sakit perut je sebab angin tak mau keluar. Duk pusing2 dalam perut sampai sakit ulu hati.
4. Lapar - Sejak amalkan kurang rasa lapar. Dulu jam 11 pagi dah makan tengahari sekarang jam 1 petang baru makan. Sangatlah tak elok untuk orang kurus macam aku ni. Jadi kalau tak lapar pun aku paksa makan juga.
5. Haus - Badan akan rasa kurang air dan haus sentiasa. So kena minum banyak2 air masak!
6. Loya - Menjelang nak period je mesti rasa loya2. Sekarang dah takde.
7. Haid - Ada aku baca boleh bagi darah keluar habis masa haid. Cuci darah dan elak senggugut. Setakat ni aku tak nampak lagi kesannya.
8. Keputihan -  Alhamdulillah sangat membantu mengurangkan juga menghilangkan. Alhamdulillah
9. Batuk dan selsema - Hubby aku pagi2 dah tak batuk/selsema. Kalau dulu pagi2 bersin saja. Sian dia. Alhamdulillah.

Stok kat rumah dah nak habis. Kena balik semenanjung gamaknya. Sape nak balik? Nak pesan 1 kotak, 24 botol boleh? Di btu takde orang jual rasanya. Di Kuching ada jual tapi harganya sikit mahal berbanding Semenanjung *Biasalah tu. Kos pengendalian!*. Hari tu g miri ada satu kedai jual barang2 kesihatan dan buku2 agama tapi tak pasti ada jual tak pati delima ni. Btw sesiapa yang duk dekat Segamat boleh beli di Kedai Zamzam berhadapan dengan Jakel di Dataran Segamat. Jiran mak aku beli memang murah sesangat. Kalau klik entri aku tu, dalam salah satu gambar ada pati delima. Kalau beli online, kadar pos mahal pastu risiko pecah pula.

Btw lain orang, lain keberkesanannya. Ada akak kat sini amalkan, takde kesan pun kat badan dia. Ada yang minum tak habis sebotol dah mengandung setelah berusaha bertahun2. Ada yang minum berbotol2 pun masih tak mengandung. So kita yang amalkan ni kena berpegang bahawa pati delima ini sekadar penawar tapi yang bagi sembuh adalah Allah s.w.t. Kata seorang ustzh, dengan air masak pun boleh jadi penawar kalau Allah dah takdirkan.



Nov 2013: Baru beli sekotak dari kedai Zamzam. Angkut naik MAS ke Bintulu..hihii. Dapat murah sahaja, sebotol lebih kurang RM10-RM12 saja. Tak bolehlah war2kan harga sebenar, kang ramai g serbu tetiba harga tak macam tu. Yela, entri mel 2013, tahun seterusnya kita tak tahu harganya turun atau naik kan.

Jun 2014: Setelah 6-7 bulan amalkan, mel berhenti minum. Hubby saja yang teruskan sebab baik untuk perkumuhan. Semua kebaikan yang mel nyatakan sebelum ni, memang dialami tetapi period mel makin kucar kacirrrr. Bila berhenti minum sahaja, alhamdulillah steady balik. Bukan salah pati delima tapi badan mel tak serasi dengannya. Jangan takut2 nak cuba, beli dulu dan tak serasi baru berhenti. Sekurang2nya usaha kita dah buat kan. ^^

You Might Also Like

5 comment

  1. aminn...
    last time tun beli pamoga yg vida beauty nyer tu..ada pati delima. beratus jugak harga dia. tp biasa la tun nih, hangat2 taik ayam je. beli 2-3 kali, pastu x beli dh. haha..

    prescription skrg mkn duphaston selama 4bulan! bln ni last, pastu baru blh pikir semula nk wat treatment apa pulak. kt gyne btu xde option sgt. kat columbia blh wat IV x?

    ReplyDelete
  2. tun_telani >>Ai ni kalau amalkan sesuatu memang tak hangat2 taik ayam, inshaAllah pati delima ni sampai bila2 nak amalkan..Sebab dah dapat kebaikannya..uhu..

    *U pun kena berusaha utk konsisten stp yg beli tu*

    Delimasari >>Bolehlah beli. Baik sangat ni ^^

    ReplyDelete
  3. Salam..akak baru try minum mlm td..nk dpt stock susah..byk kedai akk tanya mmg cepat habis...mudah-mudahan dpt impak positif utk kesihatan yg menyeluruh..

    ReplyDelete
  4. Rohah >>wsalam.memang pun banyak kedai cepat habis..kalau jumpa tu, kena beli terus sekotak. Yela orang dah tahu kebaikannya jadi memang laku keras!

    ReplyDelete