RESEPI

Papa Roti

2:15 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum. Pagi ni hubby pergi kerja lewat sikit. Biasanya sebelum jam 7 dah sampai opis. Gara2 kilang breakdown, terpaksa turun padang jam 1 pagi. Alhamdulillah baliknya awal, kalau tidak mau tengahari masuk kerja. Tak mengapalah lumrah kehidupan, kalau tak susah macamana nak faham erti sabar. Kalau asyik senang je, takut2 rasa syukurnya tu jauh tak tergapai. uhu, minta dijauhkanlah sifat sebegitu.

Seingat aku kali terakhir makan papa roti di Jusco, Taman U masa tahun akhir pengajian. Pastu dah tak terjumpa dah. Aku punyalah suka makan masa tu, kalau g shopping situ memang akan beli la. Kadang2 sampai 2 bj sekali beli. Alhamdulillah dah jumpa resepinya. Walau resepi ni rumit sikit tapi hasilnya wallahhh..Sedap sangat. Hubby pun puji. Sedap dimakan panas2. Toppingnya buat agak pekat warna jadi nampak macam hangit, sebenarnya tidak. Alhamdulillah sedap dan licin!

Papa Roti
Sumber: ABM

Bahan:-
(12 ketul saiz sederhana)

Bahan filling
50g mentega - disuhu bilik
50g cream cheese - disuhu bilik - mel tak letak
sedikit esen vanilla
50g gula perang (light brown sugar)

Bahan topping
50g mentega - disuhu bilik
40g gula icing
1 biji telur - dipukul sedikit
1 1/2 sudu besar kopi - dibancuh 1 sudu besar air
50g tepung gandum

Bahan doh roti
250g tepung gandum / tepung roti
35g gula kastor
secubit garam
1 sudu kecil bread improver - mel tak letak
1 1/2 sudu kecil yis kering
1/2 biji telur - dipukul sedikit
135ml susu segar - disuamkan lebih kurang 45℃
30g mentega - disuhu bilik



Cara:-

Filling
1. Masukkan mentega dan cream cheese didalam mangkuk dan pukul sehingga sebati lebih kurang 3 minit.
2. Masukkan gula perang dan vanilla dan pukul sebati.
3. Masukkan kedalam mangkuk kecil dan wrapkan. Letakkan didalam freezer supaya inti beku dan mudah untuk proses memasukkan inti dalam doh.

Topping.
1. Masukkan mentega dan gula icing kedalam mangkuk. Pukul sehingga kembang lebih kurang 5 minit.
2. Masukkan telur dan kopi sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan pukul rata. Bila dah ok, masukkan kedalam piping bag dan letakkan kedalam fridge sebelum digunakan.

Doh roti
1. Didalam cawan berisi susu segar, masukkan yis dan sedikit gula. Kacau dan biarkan 5 minit utk yis aktif. Nak tahu yis aktif ke tidak, yis akan berbuih di permukaan air.
2. Didalam mixer (nak guna tangan pon bole), masukkan tepung, lebihan gula, garam dan bread improver. Gaul sehingga campuran sebati.
3. Gunakan kelajuan sederhana, masukkan campuran susu tadi dan juga telur sedikit demi sedikit. Uli selama 8 minit (jika guna tangan lebih kurang 10-15 minit).
4. Jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung dan uli. Ulang sehingga mendapat doh yg sempurna.
5. Kemudian, masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut lebih kurang 5 minit.
6. Bahagikan doh sebanyak 12 bahagian (+-50g setiap satu) dan bulat2 kan. Letak diatas tray pembakar dilapik dengan baking paper. Tutup dengan kain dan perap selama 10 minit.


Penyediaan
1. Ambil doh yg diperap tadi.
2. Ambil pula inti didalam freezer tadi. Bila dah keras, mudahlah untuk dibahagikan.
3. Ambil doh tadi dan leperkan. Kemudian, masukkan inti kedalamnya.
4. Tutup semula doh dengan kemas. Pastikan tutup dengan rapat. Jika tidak, inti akan meleleh keluar. Buat sehingga habis.
5. Perap dengan dilapik kain selama 40-45 minit.
6. Bila dah doh kembang, paipkan topping diatasnya (rujuk gambar).
7. Masukkan doh yg dah siap dipaip topping tadi kedalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170℃. Bakar selama 15-20 minit. ABM bakar selama 17 minit. Ikut oven masing2.
8. Sejukkan seketika sebelum dimakan.


You Might Also Like

6 comment

  1. sedapnya...lama tak makan papa roti yg baru kuar oven tu....

    ReplyDelete
  2. fazianbatrisyia >>memang sedap tapi nak buatnya renyah amat..kalu makan ramai2 lagi sedap, ni makan berdua je mood nk buat lagi pn terkubur..mana nak cari yang ready made ni..*kemalasan* kuikuii

    ReplyDelete
  3. sodapnyer...iman suke bau kopi 2 sedapnyer

    ReplyDelete
  4. Wah haaaa..sedapnye mkn ngan air kopi...

    ReplyDelete
  5. ai kann.. mmg xleh tahan bau nii.. kalau gi shopping complex yg ada jual mexican bun, mmg mcm mana pon terpaksa gak beli sebijik dua.. hihi.. tak tahan godaan bau dia yuu :p
    pernah try resepi mexican bun kt myresepi kot. puas hati mkn byk bila wat sendiri.

    ReplyDelete
  6. tun_telani >> hahaha..memang tak disangkal lagi baunya memang pelaris produk. Mana nak cari kawasan sini tun..habaq mai sat mana boleh beli..*Terliur*

    ReplyDelete