Assalamualaikum. Dua minggu lepas seminggu hujan turun. Minggu ni baru sekali dua hujan. Itupun hujan lalu saja. Semalam air takde, bertimbun2 kain nak basuh. Bila dah petang baru ada air, sampai 4 kali aku basuh. Nampak gayanya isu ketiadaan air akan tiba. Harapnya Allah turunkan la hujan sepanjang minggu ni meredakan kepanasan daerah ni dan memenuhkan kembali sungai.
Ada kawan aku tu siap cakap 'Tak boleh bayangkan macamana ko duk sana tapi takde Jab. Bekalan Air dan bergantung sepenuhnya pada sungai'. Kawan aku ni pelik sbnarnya bila aku kata air sungai kering, jadi air paip di rumah takde.
Aku gelak je. Tak le teruk sangat macam yang dibayangkan.
Lagipun kat semanjung pun sumber air diproses dari sungai.
Bezanya sini proses sendiri air dan takde JBA je. hihi
Melalut dah aku ni ke isu air. Beg ni buat dah lamaaa..Masa Ramadhan hari tu. Saiznya sama saja dengan Snack Bag itu hari. Cuma kali ni lain design dan lain fungsi. Senang kerja bila nak g travel atau balik kampung, sumbat beg ni terus dalam handbag atau luggage. Tapi beg ni dah bagi kat adik aku, jadi kena buat lagi satu lerrrr untuk diri sendiri..
Kita orang ni jarang makan panadol. Biasanya pening kepala letak minyak kapak dan tido. Tapi aku jenis suka bawa ubat2 ni. Kot2 ada family sakit, kan senang. Biasanya letak bonjela, eyemo, minyak kapak, minyak gamat, panadol dan minyak kayu putih. Perut aku ni selalu sangat masuk angin jadi minyak kayu putih ni mesti kena ada.
Dan lebihan Chiffon Carnation aku jahit sebagai penambah seri.
Tangan keras tak pandai nak berkreatif bagai ni, gitu lerr rupanya.
Jadilah kan dari takde langsung.
4 comment
comel sangat! buat bag make-up pun boleh.. :)
ReplyDeletememang macam2 fungsi pun boleh beg ni..tapi kalau makeup beg tu kena kasi besorrr sikit..banyak sangat alat makeupnya ha nak diletak..kuikui
ReplyDeleteSuka polka dot tu
ReplyDeletex terbuat lagi setakat ni, nak jahit baju kurung sendiri pun tak lagi
ReplyDelete