TTC

Mesti Baca | Inspirasi bagi yang belum dikurniakan zuriat

8:57 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Ada orang tak perlu berusaha banyak, buat sekali terus dapat bunting pelamin. Ada orang bertahun2 mencuba masih belum dikurniakan anak. Jiran aku di sini, dah 10 tahun kahwin masih berusaha hingga kini. Bagi yang baru berkahwin tu mesti ada rasa cemburu tengok orang lain murah je rezeki tiap2 tahun dapat anak. Nasihat aku lama2 kita mesti belajar, belajar terima kenyataan, belajar untuk redha, belajar untuk sentiasa positif dengan ketentuan Allah.

Seorang rakanku bagitahu, dia doa banyak2 masa bulan Ramadan, doa sungguh2. Tak lama lepas tu Allah kurniakan kemurahan rezeki dapat tahu dia hamil. Dapat sorang anak lelaki dah dia. Jangan peduli apa orang kata, bukan mereka yang bagi kita anak. Tapi sentiasa jaga hubungan kita dengan Allah dan suami. Hubungkan silaturrahim, baik sangka saja dengan orang yang tanya. Sekarang kalau jumpa orang dan dia tanya tentang anak, aii jawab sambil senyum "InshaAllah, awak doakanlah ye". Setakat ni bila aku jawab camtu dia tak sentuh dah soal anak, borak topik lain pula. Sama2 kita berusaha dan doa banyak2. Tak lupa kena happy2 selalu. Semoaga perkongsian ini boleh menjadi panduan untuk kita mengubat hati dan menjalani kehidupan. Semoga semua yang inginkan zuriat dikurniakan zuriat yang baik pada tahun 2014. Yeayyy. Amin

Bismillah...untuk mereka yang telah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat~

1) Alhamdulillah...saya ingin katakan...bersangka baiklah pada Allah..bersangka baiklah pada Allah...bersangka baiklah pada Allah...

2) Allah Maha Baik....

3) Buatlah sujud syukur(google cara buat sujud syukur) & syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Nabi pesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah "Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat itu"

4) Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu-KERANA DIA MAHA BAIK!

5) Jangan fokus kenapa masih tak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa memuji Allah tanpa henti 24jam/7 hari/siang malam

6) Buang semua perasaan sedih

7) Berlapang dada & senyum selalu

Jadilah insan paling bahagia tanpa anak..Kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita~Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?

9) Atas segala usaha & doa,DIA masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini

10) Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat, atau putus keturunan

11) Usah merungut mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita komplen Allah

12) Teruskan usaha bersungguh-sungguh & jangan jemu selagi kita mampu & mahu

13) Tiap kali 'bersama', 'bersama' dengan penuh rasa ghairah & cinta, bersungguh-sungguh dari hati untuk cari redho Allah & doa & yakin Allah akan beri zuriat dari 'hubungan' ini.TIAP-TIAP KALI BUKAN PADA WAKTU SUBUR SAHAJA. Sungguh kita tidak tahu, bila Allah mengatakan 'kun faya kun..'

14) Usah 'bersama' dalam keadaan tidak ada semangat atau bersama dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab dah banyak kali cuba..Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..begitu kita sangka, begitulah hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yang baik

15) Untuk seorang isteri, berbahagialah kerana isteri-isteri Nabi juga tidak memberikan Rasulullah ank kecuali Saidatina Khadijah & Mariah.

16) Jangan salah menyalahkan pasangan. Jika kita mahu hidup dengannya, teruskan dengan redho, hormati & sayangi dia. Jika tidak mahu lagi bersama, kita berbincang & cari jalan yang disepakati.

17) Banyakkan istighfar dan melakukan solat taubat kerana dengan taubat, Allah ampunkan dosa kita , angkat darjat kita dan luaskan rezeki kita

18) Banyakkan sedekah kerana dengan sedekah menyucikan jasad dan hati dan membuka luas ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-disangka

19) Puji Allah sentiasa & syukur banyak-banyak kerana tidak diberikan anak pada waktu ini
Syukur bererti kita menerima dengan lapang dada, kita senyum dan rasa bahagia kerana kita tahu Allah memperlakukan kita dengan sangat baik

20) Suami & isteri kena satu fikir. Tiap kali bangun pagi, sama-sama ucapkan, "kita akan dapat anak kandung tahun depan 2014" .Ucap tiap-tiap hari dengan tarik nafas, senyum dan yakin

21) Tuliskan di atas kertas besar dan lekat pada dinding atau mana-mana kawasan yang senang untuk kita lihat -tulis "kami akan dapat anak kandung pada tahun 2014". "saya akan hamil pada 2014" atau apa sahaja ayat pendek yang TIAP-TIAP HARI mata kita boleh melihat, mulut kita boleh menyebut, telinga kita boleh mendengar, masuk dalam otak kita, sampai pada hati kita dan semua kenyataan-kenyataan itu akan diproses dalam sistem badan kita

22) Konsisten makan makananan sunnah, madu, kurma, susu, kismis, buah tin,minyak zaitun, dan tiap kali makan, niatkan "kami(suami isteri) makan ikut apa yang nabi makan, tolonglah ya allah berkati makanan ini dan hasilkanlah darinya pada tubuh kami zuriat yang soleh dan solehah"

23) Jumpa doktor dan ikut nasihat doktor sungguh-sungguh bukan separuh jalan atau ala kadar

24) Jangan kedekut keluarkan duit untuk perbelanjaan rawatan

25) Mohon mak ayah dan adik-beradik konsisten buatkan solat hajat untuk kita. Seluruh ahli keluarga kena sepakat & rajin

26) Suami isteri buat solat taubat & solat hajat tiap-tiap hari jangan tinggal termasuk membaca yassin

27) Suami Isteri baca tiap hari surah Ibrahim ayat 40, surah furqan ayat 74 dan surah al-anbiyak 89 (rujuk tafsirnya sekali)

28) Tinggalkan semua kemaksiatan dan siap sedia sentiasa kerana bila-bila masa kita akan jadi ibu & ayah! :))

SELAMAT MENJADI IBU & AYAH BILA TIBA MASANYA~ SENYUM SELALU HIDUP INI INDAH!!!

****Orang sekeliling sibuk bertanya, dan telinga kita panas dan hati tersinggung. Untuk semua yang bernama masyarakat, pernah atau tidak kita mendoakan golongan ini untuk Allah kurniakan mereka zuriat atau kita hanya tahu mendesak dengan soalan. Sungguh kita melukakan hati mereka, Allah lebih-lebih lagi akan melukakan hati kita~

TAMBAHAN: Pernah seorang makcik ni, ketika anak sulungnya hampir berkahwin beberapa tahun yang lalu, dia mengadu, 'makcik tak sedia lagi nak timang cucu, makcik tak sedia lagi nak jadi tok, makcik muda lagi"- selepas anak sulungnya kahwin bertahun-tahun, tidak dapat anak walaupun adik-adiknya kahwin dan semua dikurniakan ank...ibu-ibu dan ayah2 tolong check perkataan jgn smpai jadi satu doa tanpa sedar & anak-anak tolong jumpa mak ayah risik-risik bertanya kalau-kalau pernah menyebut perkataan seumpama ini. Jika mungkin mak ayah kita dah terlupa atau menafikan, maka minta sahaja mereka sebut, " ya allah aku redho ankku ini diberikan zuriat dan aku mahu menjadi nenek/tok/opah kepada anak yg dikandungnya nanti...tolong ya Allah..."


You Might Also Like

13 comment

  1. perkongsian yg sgt baik. Prof Dr Muhaya pun pernah kata jgn pedulikan org kata pasal lambat cepat dapat anak. sangka baik itu lebih tepat sebab kita hamba. sampai masa terbaik nanti jadilah ibu/ayah dgn izinNya jua.

    Nak raya ni ziarah rumah sedara mara mesti ada yg bertanya...berlapang dada lah hendaknya. Kuatkan semangat.

    ReplyDelete
  2. fazianbatrisyia: Biasalah mulut orang. Kalau yang keluar positif, alhamdulillah dapatlah orang tu pahala gembirakan hati orang lain. Tapi kalau yang keluar tu negatif, kita sabar jela. Fikir +ve.

    Memang kena kuatkan semangat ni balik raya minggu depan ni.hihi

    ReplyDelete
  3. Rezeki... hanya Allah yang tahu...

    ReplyDelete
  4. tq mel :) tun jenis yg berdrama air mata tiap2 kali period.. mmmg susah betul nk berlapang dada.. sob sob...

    ReplyDelete
  5. tun_telani: Buat macam mel, tiap2 kali datang period ucap alhamdulillah. Secara tak langsung pujuk hati tu. Yela kalau period tak datang2 lagi pening sebab buat upt je tapi negatif gak..huhu. sabar dear.

    ReplyDelete
  6. sabar atas ujian Allah...memang rasa sedih lihat kawan-kawan baru kahwin ....mudah je dapat anak.saya dan isteri menanti rezeki anak hamper 9 tahun, Alhamdulillah 31 ogos 2013 anak sulung kami lahir.jangan putus asa, berdoa dan terus berusaha

    ReplyDelete
  7. muaz_kkgp >>waahhh..tahniah dapat baby..InshaAllah sentiasa sabar & tak putus asa..kalau tak sabar maknanya tak redha..setiap orang rezeki berbeza2. Lumrah kehidupan.

    Tahniah ya! Tumpang happy sekali ^^

    ReplyDelete
  8. Rasa sedikit tenang. Moga saya hamil bulan depan. InshaAllah. Amin. Mohon doa dari semua. ;)

    ReplyDelete
  9. share your link di blog saya jugak. ;)

    ReplyDelete
  10. terima kasih kerana berkongsi .sangat2 memberi saya semangat..
    semoga allah swt memberi rezeki zuriat bulan ini :) amin

    salam perkenalan

    jemput ke blog nana

    ReplyDelete
  11. apakah saya hanya perlu terus menangis??

    bila baca blog akak, rasa kekuatan tu ada... hanya mampu berusaha.. :)

    doakan saya hamil!!!! saya baru lepas keguguran...

    "ya'allah, jangan engkau ambil nyawa kami tanpa meninggalkan zuriat di dunia ini"

    ReplyDelete
  12. [ Keyna ] - Jangan fikir apa yang kita tiada dik. Fikir apa yang kita ada. Sudah punya suami. Orang lain ramai lagi yang belum berkahwin, tak jumpa pasangan lagi walau dah usaha.

    Kalau kita lihat dugaan kita, memang kita akan sedih. Tapi kalau kita bandingkan dengan dugaan orang lain, ada orang lain yang lagi hebat diduga kan..

    istighfar banyak2 ^^

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Terima kasih sebab wujudnya entry nie..memberi sedikit semangat dan membuat saya tersedar...dan sentiasa bersyukur dengan ujian darinNYA..mungkin ada hikmah disetiap apa yang Allah swt berikan kepada saya..doakan saya yer...

    ReplyDelete