Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Mee Goreng Bonda & Jagung Ice Blended

2:23 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Petang semalam dengar radio dengan topik lemang. Ada sorang tu cerita tentang beli lemang untuk seisi keluarga. Lepas buka semua, sekali ada katak dalam lemang. Nasib baik potong habis kalau tak makan lemang perisa katak daa.. Bagi yang beli lemang tu, berhati2 la. Kami tak pernah beli lemang sebab tiap2 tahun ayah buat. InshaAllah harapnya tahun ni ayah buat jugala lemang. Dah ada menantu lelaki, bolehlah tolong apa yang patut. huhu

Jam 5.30 petang semalam baru godek2 dapur nak masak ape. Buntu dah tak tau nak masak ape sebenarnya. Alhamdulillah terjumpa mee siput dalam gobok. Jadi masak mee goreng saja. Yela nak masak yang bukan2 tak cukup masa, nak berbuka jam 6.43 petang. Alhamdulillah tak mengecewakan resepi ni. 1st time goreng mee letak kacang. Hubby pun suka, cuma lain kali masak kena pedas sikit.

Mee Goreng Bonda
Resepi: yatiememories

Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning - mel guna mee siput
1 cwn udang basah - mel tak letak
1 cwn daging hancur- guna daging yg dah di rebus pun ok juga
1/2 cwn kacang tanah- di goreng dan tumbuk kasar2 -mel masuk 3/4 dlm mee, 1/4 utk hiasan
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
2 sb kicap pekat
1 biji tomato belah 6
taugeh dan sawi secukupnya
garam dan sedikit gula
minyak utk menumis

sedikit fishball & tauhu - goreng dahulu. mel tambah

Bahan di kisar
4 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar udang kering

Cara-cara
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
2. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.
3. Bila cili dah masak, masukkan daging hancur dan gaul sebati, masukkan udang, biar dalam 3 minit & masukkan fishball, sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Masukkan kacang tanah yg di tumbuk tadi dan gaul rata. Tambah garam dan gula jika perlu.
4. Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh, tauhu dan gaulkan biar rata.
5. Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi.


Kali terakhir minum jagung ice blended ni tahun 2010 di Kuantan Parade. Itupun sebab kerja kat sana. Pastu tak jumpa dah tempat yang jual. Semalam punya teringin nak minum, aii memang hantu jagung, suka sangattt. Memandangkan ada jagung cream yang dibuka untuk buat puding hari tu, jadi buat ni pun untuk perabih juga. Buat jam 6.40 petang, jadi kelam kabut, terlebih letak air dan ice nya pun tak hancur. Tapi alhamdulillah licin jam tu juga. Punyalah suka sangat. SubhanAllah sedapp. InshaAllah dilulang buat berbuka hari ini.

Jagung Ice Blended
Resepi: mel

Bahan:
1 sb cordial jagung
2 sb gula
1 sb susu pekat manis
2 sb jagung cream dlm tin
Air masak secukupnya 
Ais

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam blender. Kisar hingga ais hancur.
2. Masukkan dalam gelas. Letak sedikit jagung cream di atasnya jika suka.
3. Hidang

You Might Also Like

5 comment

  1. wah....kelajuan pantas...anak sy selalu cakap cam tu, pengaruh kartun la tu. kdg2 yg kelam kabut tu lg sedap...(cam ada pengalaman jek buat cam tu)

    ReplyDelete
  2. betullah..kadang2 yang kelam kabut tu yang sedap..Tapi rumah ni jarang dapat sedap kalau kelam kabut..kucing yang perabih biasanya.kekeke

    ReplyDelete
  3. Nmpak sedap pula .....nampak ada limau tu lagi la sedap

    ReplyDelete
  4. Suzie ( Limau tu wajib ada tu )

    Ayu azmir ( Tang kacang tu yang sedap tu )

    ReplyDelete