KUIH

Tauhu Sumbat & Sos Istimewa

3:39 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Dah pertengahan bulan June. Tak lama lagi nak sambut Ramadan, pastu lebaran..Sedar tak sedar tetiba dah hujung tahun. Banyak lagi impian yang tak tercapai ni. Baru2 ni tengok member beli rumah baru. Dah ada rumah, pastu beli rumah lagi..Kelasss kau jahhh.. Murah rezeki kau..InshaAllah, aku pun doa selalu murah rezeki, dibukakan pintu kebahagian dunia akhirat. Amin ^^

Resepi ni aku buat tuk sarapan pagi. Sekarang dah petang pun. Kot2 xde idea nak masak ape minum petang sat lagi, bolehlah jamu tauhu sumbat ni. Nak buat pun sorang amat. Kalau kat rumah mak, boleh dikatakan tiap2 hari ada tauhu goreng. Ikan sayur semua memang fresh dari pemborong. Jadi tiap2 hari dapat yang lembut, baru lagi. Kat sini aku beli sekali dalam tempoh sebulan, bolehlah bertahan seminggu. Jadilah, dari tiada langsung. Hubby aku tak berapa makan tauhu, tak kena lidah dia. Kalau tempe laju je makan. Aku buat tauhu sumbat ni dia makan juga walau sikit, ambil hati isteri la katakan.hihi. Tapi sosnya dia puji sedap. Bolehlah aku buat hidangan lain cicah dengan sos ni lain waktu. Syukur alhamdulillah.

Tauhu Sumbat
Sumber: mel

Bahan:-
2 bj tauhu
1/2 batang carrot - potong panjang
1/4 bj sengkuang - potong panjang

1/3 batang timun - potong panjang
Garam & serbuk kunyit

Cara:-

1. Lumur tauhu dengan garam & serbuk kunyit. Goreng tauhu dalam minyak terendam hingga garing kekuningan. Toskan. Potong tauhu menyerong kepada 2 bahagian. Potong juga bahagian dalamnya.
2. Masukkan semua sayuran ke dalam tauhu.
3. Hidang bersama sos istimewa.



Sos Istimewa
Sumber: mykuali

Bahan:-
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 - 5 sudu makan cili giling
4 senduk gula pasir

1 sb gula melaka - mel tambah
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa

Cara:-

1. Untuk kuah istimewa: mula-mula,kisarkan bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi...masukkan cili giling dan gula pasir...
3. Kemudian masukkan air asam jawa...bubuhkan garam secukup rasa...
4. Sedia untuk dihidangkan bersama tauhu sumbat

You Might Also Like

2 comment