Assalamualaikum. Lepas SPM, aku sempat kerja sementara di sebuah restoran. Ada orang yang aku kenal kerja sekali. Kami duk 3 orang dalam satu bilik. Ownernya ada 2 restoran. Aku kerja di restorannya yang kedua sebelah surau, kedai makan biasa buka jam 5 petang hingga 5 pagi. Kerja aku sebagai waitress saja. Makanan & penginapan semua free. Aku baik dengan orang2 dapur, jadi nak ape aku order je.
Ada 2 beradik perempuan yang memang lama dah kerja kat situ. Adiknya kerja sebagai pencuci pinggan mangkuk sama kedai dengan aku. Muda orangnya dalam umur 15 tahun seingat aku. Hanya bersekolah rendah. Keadaan tangannya sangat teruk kerana berendam dengan air dan sabun basuh pinggan dalam tempoh yang lama. Aku baru kerja, jadi ku diam saja. Kebetulan satu hari tu ada kejadian histeria melibatkan seorang pekerja perempuan yang menyebabkan kami terpaksa masuk bilik dia ramai2.
Kosong..
Hanya ada beg kecil satu. Tilam bujang satu.
Kami pelik tapi tak terluah dalam bicara untuk bertanya.
Patutlah selama aku kerja kat situ, ku perhati tiap2 hari dia akan pakai tudung berwarna putih yang sama. Memakai baju kurung yang agak lusuh. Kalau lihat dirinya, dari aspek kebersihan memang tak terjaga. Aku tanya dia kenapa tak pakai tudung lain? Katanya ada sehelai tudung saja. Bila tengok keadaan bilik dia, geleng kepala aku. Susahnya hidup dia.
Satu hari dia datang bilik kami nak minta pads..period! Katanya takde duit nak beli pads. Sampai macam tu sekali (hatiku berkata). Selidik punya selidik, kadang2 dia minta owner kedai dahulukan gaji dia sebab tak cukup duit. Tak pasti dibelanjakan ke mana. Jadi bila time orang lain gaji, lepas tolak semua hutang2, gaji dia hanya tinggal berapa ringgit saja.
Aku kerja situ tak lama sebab dapat tawaran sambung belajar. Tak tahulah khabar dia sekarang. Harapnya sakit tangannya tu tak melarat. Bila difikir balik, walaupun tak lama aku kerja kat situ, tapi masih segar ingatan aku akan budak tu. Kat Malaysia ni ramai orang susah yang kita tak tahu keadaan mereka. Yang dipaparkan dalam berita hanya segelintir sahaja. Ramai lagi yang miskin, tak dapat bantuan di luar sana.
Lihat orang lain hidup susah, tak berduit dan miskin. Siapalah aku nak merungut pasal sedikit kesusahan dalam hidup yang Allah beri. Bila tengok hidup orang miskin, berkawan dengan mereka, satu apapun aku tak rugi. Dapat manfaat lagi ada. Dapat bersihkan hati dari sifat riak, tambah rasa syukur dalam diri. Yang utama sentiasa merasa cukup setiap masa dengan nikmat Allah beri.
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”
(Al-Bukhari)
Kalau korang ada tahu tempat/orang untuk sedekah pakaian, barang atau apa saja, please komen ya. Kalau private tempatnya, aku tak publishlah komen tu. Kalau tak banyak pun, ku harap dapatlah membantu sedikit. Walaupun bukan sekarang, mungkin satu hari nanti, diizinkan Allah, dapatlah hulurkan sedikit sumbangan. Sekurang2nya aku dah tahu tempat nak dituju.
4 comment
Salam mel.. sedih pula bila baca.. biasanya, kalau kami adik beradik, baju2 yg terperam dlm alamri tu, mama akan kumpul2kan kasi org. tp xpenah pula amik tau hantar kat mana. maybe ke sekolah2 yg ramai anak org susah kot sbb mama n ramai mak sedara yg cikgu.
ReplyDeletetun_telani:-
ReplyDeletewsalam. kat kampung mak, takde orang susah yang perlukan bantuan pakaian..Kat bandar tak pasti pula sebab rumah anak yatim kat situ dah pindah tempat lain..jadi tak tahu baju banyak2 nak bagi siapa..waaa...
Assallamualaikum Mel..
ReplyDeleteMmg sebenarnya tanpa sedar masih ramai lagi org yg susah di Malaysia ni. Mmg betul, kadang2 bila kita bergaul dgn mereka yg susah ni, mendatangkan keinsafan kepada diri kita dan boleh rasa betapa bersyukurnya kita dgn keadaan hidup kita sekarang wpun tidaklah dalam kategori mewah..
Anyway, k Nadz pun sedang mencari2 tempat utk sedekahkan pakaian2 akak yg masih elok pada mana2 tempat yg sesuai. Still searching the place. Banyak rumah2 anak2 yatim, di sini semuanya kanak2 yg berumur bawah dari 10 tahun so not suitable for those cloth..
Insyallah kalau niat kita ikhlas dan baik, Allah akan permudahkan jalannya..
Nadz Nazharzan:-
ReplyDeleteHari tu ada ibu tunggal perlukan kelengkapan dapur,ramai yang membantu..Tapi takde pula orang perlukan pakaian terpakai ke..
InshaAllah dipermudahkan niat kita..mencari dan mencari lagi..