DAGING

Kerabu Daging dengan Mangga Muda

3:42 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Semalam seharian tiada elektrik dari subuh hingga ke tengah malam. Ada kabel yang rosak dimakan tikus. Jadi berpanas seharian menunggu orang membaikinya. Rumah ni memang banyak tikus. Ada sekor pernah masuk dalam rumah awal tahun ritu. Tak boleh lepa sikit, habis diselongkar tong sampah. Kot2 nak biar lauk pauk tinggal kejap masa memasak, memang tak la. Kes kencing tikus menjadi2 masa tu. Risau bebenor daku. Alhamdulillah lepas masuk perangkap tikus, sekarang dah takde. Lubang2 pintu semua dah ditutup. Kalau ada pun di luar rumah, dalam seminggu tu mesti jumpa sekor dua bangkainya. Ada yang tak berkepala, ada yang tak berbadan. Kena makan anjing atau kucing barangkali. Rumah dalam hutan..banyaklah si tikus, anjing, kucing semua tu..Macam2 ragam haiwan keliling rumah ni. Saba jela labuuuu..

Alhamdulillah rezeki dapat jumpa mangga muda yang elok keluar hari tu, ku buat kerabu ni. Kalau dah nama hantu mangga, buat apapun mesti licin. Sambil makan, sambil borak2, tak sedar kerabu dah habis. Kalau habis kat mulut hubby i tu, maknanya memang sedap sangat tu. Dengan bawang2 licin..Syukur alhamdulillah


Kerabu Daging dengan Mangga Muda
Resipi : K.Nor
 
Bahan:
350gm daging batang pinang
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar kicap

Cara:
Perap daging dgn kesemua bahan selama 1/2 - 1 jam.
Bakar /gril hingga masak (boleh juga dimasak atas frying pan), tp jgn terlalu kering.
Hiris daging nipis2 dgn kaedah melawan urat supaya daging tidak liat.
Ketepikan.

Bahan lain:
1/2 biji bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 batang serai ~ dihiris nipis
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris
1 biji mangga muda ~ disagat halus
1 sudu besar cili serbuk kasar
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 biji limau nipis ~ diambil airnya

Sedikit kacang tanah - goreng & tumbuk kasar - mel tambah
daun pudina ~ dicarik2kan - mel xletak
daun ketumbar ~ dihiris

Cara:-
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul.
2. Masukkan pula daging yg dah dihiris tadi dan gaul lagi hingga sebati.
3. Perapkan seketika baru lah dihidangkan.

* K.Nor tak letak garam sbb dah ada rasa masin dari sos ikan dan daging juga telah diperap dgn garam sebelum dibakar. - mel pun tak letak

You Might Also Like

2 comment

  1. Wauuuu sitiii...lama x masuk blog ko. Tup tup dah berwajah baru. Waahhh..improve sooo much!! :D

    ReplyDelete
  2. blog sekarang tak berapa popular..tapi aku suka up entry dalam blog..wajah baru? hasil dari masa terluang, duk belajar buat blog..hihi

    ReplyDelete