NASI

Nasi Goreng Sardin

8:57 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Suasana jerebu di semenanjung kelihatan teruk. Syukur alhamdulillah di sini tiada. Cuma cuaca panas sangat. Tidur malam berpeluh2 rasanya. Seminggu ni memang tka berselimut langsung. Tahun2 sebelum ni cuaca panas menyambut kedatangan bulan Ramadan. Nampaknya tahun ni pun begitu mungkin. Harapnya Allah turunkan hujan dan meredakan keadaan. Amin

Juadah makan malam ni berhantu juga ku kira. Salah satu nasi goreng yang tersenarai dalam top 5 di rumah ni. Berhantu sebab sangat sedap & sentiasa nak makan. Boleh dikatakan tiap2 minggu hubby suruh masak nasi goreng ni. Bagi penggemar ikan sardin, pasti suka hidangan ni. Aku tabur hirisan bunga kantan lepas masak, makin bertambah kesedapannya. Tak sah kalau makan nasi goreng tanpa keropok ikan bukan? Boleh dihidang bersama dengan timun. Selamat mencuba!


Nasi Goreng Sardin
Resepi: ummizaihadi

Bahan:-
800 gm nasi putih sejuk
300 gm isi ikan sardin - ambil isinya dan hancur kasar
3 biji telor - goreng scramble
200 gm sayur campur
daun bawang - dihiris
garam secukup rasa
1 st serbuk lada sulah
3 - 4 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis

1/2 batang bunga kantan- cincang & tabur ketika hidang - mel tambah

Bahan Kisar/Tumbuk Halus:-
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sb. cili kering kisar
2 tangkai cili merah
1/2 cm belacan bakar

Cara Memasak:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
2. Masukkan isi sardin, lada sulah dan kicap. Kacau biar agak kering2.
3. Masukkan sayur campur dan kacau sekejap.
4. Masukkan nasi dan kacau hingga nasi nampak berasap.
5. Masukkan scrambled egg tadi dan kacau lg biar rata. Tutup api.
6. Hiaskan dengan daun bawang dan siap untuk dimakan

You Might Also Like

5 comment

  1. wah lazatnya

    :D

    tak pernah makan nasi goreng sardin

    boleh try nnt :D

    ReplyDelete
  2. salam mel.. hasben tun pun mmg penggemar sardin! tp tun kureng sket sardin2 ni, kalau masak mmg nk tumis halia byk2 sbb nk kais hilang hanyir dia. hoho....

    ps: esok nak balik kampungggggg... jgn jeles ye. hihi... sbb tertekan duk sorg2 lama sgt, rela ganti kelas mlm2 semata2 nk blk kg seminggu. hihi

    ReplyDelete
  3. Syazana Zainn:-
    Kena try sebab memang sedappp!

    tun_telani:-
    jelessss!Daku raya nanti baru balik..waaaa..

    ReplyDelete
  4. sedapnyeeee....hai salam perkenalan...jom singgah n follow blog ayu http://qaysaasupplement.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. ayu yahya:-
    salam perkenalan juga ^^

    ReplyDelete