AYAM

Sambal Ayam Bunga Kantan

9:44 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Aku ni jenis tak boleh beli baju kurung yang dah siap. Ada saja yang senteng. Hari minggu hari tu, hubby ada aktiviti berbasikal di Bintulu. Jadi masa terluang ku guna mencari kain english cotton di page2 penjual kain ela untuk Aidilfitri nanti. Rambang mata! Semua cantik2. Ada yang ku jumpa harga bawah RM70, yang atas RM90 pun ada. Walaupun kain & corak yang sama, setiap penjual mesti ada sebab tersendiri letakkan harga mahal/murah begitu. Pada kita pelanggan ni, tepuk dada, tanyalah poket. Jenis berduit & tak kisah, boleh lah beli yang mahal pun. Kalau ongkosnya sederhana, barangkali beli di page yang murah saja. Kainnya dapat yang sama juga.


Memandangkan agak sukar mencari bunga kantan di sini, jadi tiap kali ada jual di pasar basah memang akan beli walau tak tahu guna ke tak. Pokok belakang rumah dah setahun tanam tapi tak berbunga lagi. Bila dah lama dalam esbok, baru terkial2 cari resepi yang ada bunga kantan ha. Jumaat hari tu masak hidangan ayam ni. Hidangan ni mendapat pujian melambung dari hubby. Masa makan dipuji kesedapan, lepas makan pun dipuji lagi. Suka benar dia meratah ayam ni. Alhamdulillah ^^

Sambal Ayam Bunga Kantan
Sumber: yatiememories

Bahan2:-
1 ekor ayam- potong 12,cuci bersih dan toskan*
Sedikit serbuk kunyit*
Garam secukup rasa*
Sedikit serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap 20 minit)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan bunga kantan untuk hiasan
4 biji limau kasturi- ambil jusnya
minyak masak secukupnya

Bahan kisar halus:-

5 biji cili merah - mel ganti 2 sb cili kering kisar
6 biji cili padi - mel xletak
1/2 kuntum bunga kantan
4 biji bawang merah
1 labu bawang besar (Yatie tambah) - mel letak juga
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Secubit belacan
2 camca besar udang kering, rendam dan toskan

Cara:-

1. Ayam tadi digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, Ketepikan dulu.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
3. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yg telah di goreng tadi dan gaul sebati. Akhir sekali perahkan jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap.
4. Rasa dan jika ok boleh matikan api....Sedap di makan bersama nasi kegemaran anda


You Might Also Like

5 comment

  1. Wah..nyummyyy...blh try ni...

    ReplyDelete
  2. Mel, Kak lin pun dah lama tak makan apa2 yang ada bunga kantan. last sekali makan laksa rumah sapa ntah then tak de lagi. Mana nak cari this torch ginger flower wehhh.. nampak sedap berbaloi2.

    ReplyDelete
  3. May:- Kena try. Memang sedap ni. MEnjadi pojaan suamiku..cewahh

    Kak Lin:- Kesiannya. Tapi memang payah nak jumpa la. Kalau ada musim dia berbunga, memang banyak sangat org jual. Sekarang dah habis musim, jadi takde ketemu.Aduhai..

    ReplyDelete
  4. Salam mel..
    tun pun jarang2 ada stok bunga kantan. kdg2 bula beli tu xtau nk masak ape pulak. alih2 asam pedas laa jugak. hihi.. nnti simpan resepi nih.

    ReplyDelete
  5. Tun telani:- wsalam. Nak wat guane tun, kita ni duk di sini..time nak guna tu, jenuh keliling Bintulu mencari tetap takde. Bila xguna, berlambak orang jual..hihi

    ReplyDelete