Kek | Muffin

Kek Marble Sheila Mambo

8:48 AM


Pagi ni sarapan karipap kentang saja.. Cuaca pun suam-suam sejuk. Dapat makan kek atau pau panas pun sedap ni. Mengenangkan tangan yang keras, tak reti nak buat kek segala bagai, jadi cari resepi yang agak2 yakin bila buat tu menjadi dan sedap. Sebenarnya bukan salah resepi bila hidangan tu tak sedap, tapi lebih kepada diri sendiri tak reti atau adalah silap tang mana2 tu.

Resepi ni buat agak cincai sebab kelaparan masa buat tu. Rupa xseberapa tapi rasa memang sedap. Buat sekali menjadi!. Hubby siap bawa ke opis lagi u..Buatnya senang, orang macam mel yang tak reti ni pun boleh buat.hihi.


Kek Marble Sheila Mambo
Sumber: Cikmin

Bahan-bahan:-
125 g mentega
155 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur, dipukul sedikit
125 g gula halus (kalau letak 100 g pun ok)
125 g cooking chocolate
1 camca teh esen vanilla
80 ml susu segar

*sukatan kat atas ni kalau nak makan sekeluarga kena la double kan.

Cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas, lenser juga kertas tadi. Cairkan coklat masakan secara kaedah double-boiler. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Tambah telur dan terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, putar rata.
3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung selang seli dengan susu segar, hingga habis, kacau rata. Bagi adunan pada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi bancuh dengan coklat yang telah dicairkan tadi. Kacau rata.
4. Tuang berselang seli antara adunan biasa dengan adunan bercoklat, buat hingga habis. Lorekkan dengan hujung pisau 2 – 3 pusingan. Bakar 40 – 45 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan dan hias ikut kreativiti masing2…

You Might Also Like

2 comment

  1. tq for receipe, bhn2 mudah.. nak wat le wiken ni untuk mejlis kahwin sepupu wat makan2 pg tetamu yg membantu.. dah dapat resepi best dan mudah..

    ReplyDelete
  2. bahan2 nak buat memang mudah..inshaAllah sedap sungguh!

    ReplyDelete