TIPS

Maaf, tak boleh komen!

12:32 PM


Assalamualaikum. Mengenangkan duduk di kawasan pedalaman, jadi internet memang slow. Theme pun kalau boleh paling minima mel pilih. Suka blog walking ke blog orang lain tapi dengan internet slow ini mendatangkan banyak masalah! Ada 3 masalah utama yang mel alami bila nak tinggalkan komen di blog orang lain.

1. Header besar sangat. Pabila header terlampau besar, nak tunggu loading header saja dah berminit2. Belum lagi tunggu gambar dalam entri. Kalau gadget followers letak bawah header lagi parah. Memang terus tak jadi nak terjah blog orang sebab kena tunggu kedua2nya habis loading dulu. Jadi agak membuang masa nak tunggu lama2.

Banyak tool yang boleh digunapakai untuk periksa speed website anda. Nobody Likes a Slow Website ye. Salah satu sebab pengunjung datang kerana website yang ringan. Nak load cepat saja. Boleh periksa speed website anda di sini >LOADS. Kalau tengok google, 0.5 saat saja. Mel punya blog 7.3 saat. Berapa saatkah blog anda?


2. Kalau ruangan comment bukan popup window, memang berjanggut la tunggu ruangan comment tu keluar. Jadi sebaiknya comment location tu pilih popup window ya!

Cara: Setting > Posts and comments > Comment Location > Popup window


3.  Please select no untuk 'Show word verification". Pabila internet slow, word tu memang takkan keluar. Jadi dari niat nak tinggalkan komen, terus tak jadi.

Cara: Setting > Posts and comments > Show word verification  > No

Ada lagi masalah lain, tapi nanti dulu. Minta maaf la sesangat siapa yang komen di blog mel ni, mel tak terjah balik. Janganlah label mel sombong ya. Bukan apa, internet yang slow ni membuatkan tak boleh nak komen kat blog orang lain. Lagi2 jika ketiga2 point ini ada dalam blog anda.

You Might Also Like

1 comment

  1. hehehe hana bukan macam tu.. tapi hana xtau masalahnya ada sesetengah blogger xleh komen blog..

    ReplyDelete