RESEPI

Sotong Percik Ramadhan

3:28 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Panas cuaca hari ini. Tidak dapat menadah air hujan jawabnya lagi untuk kegunaan seharian. Harapnya malam nanti mahupun esok pagi hujan selebat-lebatnya. Seronok tengok para blogger masakan update tentang lauk pauk, kuih muih segala bagai. Jeles pun ada tau. Iyolah selain dari tak berapa reti, bahan yang tiada, yang utama penjimatan air perlu dilakukan. Ok..lupakan soal ketiadaan air. Beralih ke juadah pula.

Ha kau sekali tajuk hidangan Ramadhan gitu. Nampaknya ramai di luar sana tengah maraton ganti puasa ya. Tadi tengahari masak sotong saja. Suapan pertama ke mulut terdetik di hati 'Urmmm sedap'. Apalagi ku teruskan suapan hingga ke butir nasi terakhir..Ewahh..licin aku makan hari ni. Biasanya mesti tak habis nasi, entah kenapa mood nak makan tu ke laut. Berselera sikit makan. Gamaknya kesan baru menghubungi ibu di kampung kottt..Syukur alhamdulillah


Sotong Percik Ramadhan
Sumber: Zaiy

Bahan-bahan ( 6 orang )
8 ekor sotong yang besar

10 biji cili kering (**)
5 biji cili padi (**) - tak letak 

5 biji cili merah (**) - tak letak 
1 labu bawang besar (**)
2" halia (**)
2" lengkuas (**)
2 batang serai (**)
1 helai daun kunyit - dihiris halus

4 helai daun limau purut - dihiris halus
1 batang serai - dititik
1 sudu besar air asam
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara
1.Bersihkan sotong dan potong seperti dalam gambar.
2.Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.
3.Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
4.Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
5.Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!! 


**Mel masukkan semua sotong dalam Kaedah 4. Masak seketika, gaul & hidang**

You Might Also Like

2 comment

  1. sedapnya mel...masih x de air lagi ke...alahai kesiannya...sabar yer...tu pun salah satu ujian gak tu...=)

    ReplyDelete
  2. Itulah..dugaan..kalau tak mana nak merasa mandi air hujan kan?hihi

    ReplyDelete