Agama Islam

Sudah masuk Islam ke?

7:57 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Beberapa tahun lepas, saat aku masih di tahun kedua akhir di uni & dalam perjalanan pulang ke Johor. Tiket bas ekpress dah beli awal & mak ayah hantar naik kereta ke stesen bas. Rumah kami agak jauh dari simpang besar, dalam 18km gitu.

Melewati simpang besar tu, ternampak seorang perempuan. Disebabkan perempuan itu dikenali, tinggal dekat saja dengan rumah, ayah memberhentikan kereta & bertanya destinasi. Menuju ke destinasi yang sama, ayah menjemput naik sekali. Rupanya mahu pulang ke UTM Jb juga sepertiku.

Menjadi kebiasaan pergi ke mana2 aku duduk di hadapan. Jadi dia duduk bersama ibuku di belakang.
Ku toleh ke belakang senyum padanya.
Bergerak sahaja kereta, dia membuka beg & mengeluarkan tudung.

Aku terkejut! Eh..sudah masuk Islam ke? Hatiku berbisik

Tudung dipakai.
Perbualan bermula.

"Makcik, pakcik. Sebenarnya saya dah lama masuk Islam"

Kami terdiam. Hanya bunyi kereta sahaja kedengaran. Ingin mendengar lagi penjelasan dia. Hatiku mengucap syukur atas berita keIslaman dia.

"Nama Islam saya Fatihah. Saya tak pakai tudung keluar rumah. Tapi bila dah jauh dari rumah baru saya pakai tudung"

Mak ayahnya tahu? Ibuku bersuara

"Tak tahu lagi"

Selepas itu, mereka berbual hal lain pula. Sudah kulupa apa yang dibualkan. Ada jugalah borak dgnku pasal course apa yang diambil di uni. Selepas tiba ke stesen bas Segamat, dia turun atas urusan lain. Bas yang kami naiki tidak sama waktu. Kawasan rumah mak aku ni majoriti Melayu. Warga Cina ada sorang dua, begitu juga dengan bangsa India. Ibu ku kata, memang orang selalu nampak dia pakai tudung bila di luar tapi tak pasti sudah masuk Islam ke tidak. Berbangsa India, lembut orangnya. Dia ada bagitahu nama Islam penuhnya, tapi sudahku lupa.

Masa tahun akhir di uni, aku ada ternampak dia sekali saja. Itu pun tak sempat nak tegur sebab agak jauh kedudukannya dariku. Berbaju kurung & bertudung labuh orangnya. Baru2 ni mak aku kata, dia dah kahwin dengan orang Melayu dari Kedah. Keluarganya pun dah boleh terima keIslaman dia. Syukur alhamdulillah.

Bila difikirkan balik, rasa malu pun ada. Dia baru masuk Islam, dah bertudung labuh, menutup segala yang dituntut syarak. Kita ni kekadang 'ter'pakai tudung yang pendek, 'ter'pakai baju yang ketat pun masih tak sedar lagi. Tapi takpe, ustazah kata kalau masih rasa malu tu, tandanya punya Iman la tu. Jadi berusahalah ke arah kebaikan. Bukan untuk baik di mata manusia tetapi baik di sisi Allah s.w.t. Jadi setiap apa yang kita lakukan tu, pastikan membawa kebaikan untuk alam akhirat kelak.

You Might Also Like

0 comment