RESEPI

Serunding Kelapa Tradisi

9:31 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Ada hari tu hubby ada urusan di Bintulu, balik2 je bawa barang dapur termasuklah seplastik kelapa parut. 2-3 hari terperap dalam esbok, langsung tak ku perasan. Nasib baik esoknya tu ku kemas esbok, kalau tak busuk & membazir gitu saja. Aku teringin nak buat cucur badak, lama dah tak makan tapi ku cari keledek sekitar Bintulu tiada. Di pasah basah tiada, di pasar kering pun tiada. Menyorok barangkali. Jadi buat serunding kelapa saja. Sedap kami makan dengan nasi & roti. Takde ketupat ke ape, malas daku mau merebusnya time xde air ni..

Kes air kelmarin tu, ada pihak polis datang siasat semalam disebabkan pihak sekolah masuk campur. Yang meninggal budak perempuan darjah 6, anak staff & orang tempatan. Tractor air tu baru sampai, budak ni main tolak2 dgn rakan dia sampai terjatuh dan kepalanya kena tayar tractor tu. Cuti sekolahlah katakan, seronoklah main dengan rakan. Mungkin kerana hentakan yang kuat sampai berdarah banyak & meninggal di tempat kejadian. Pemandunya orang Indnesia, terus cabut lari sampai kini tak ketemu. Budak yang menolak arwah tu pun tak tahu siapa. Kasihan dia, trauma seumur hiduplah barangkali sebabkan kematian rakan sepermainan. Bila kematian berlaku, tindakan drastik pihak atasan terus beli pam baru. Jadi rumah pekerja semalam dah ada air. Kawasan executive belum ada sebab saluran air ke sini bocor pula. Yang ada anak tu, walaupun anak anda besar panjang, diperhati sikit bila bermain tu. Sesungguhnya malang itu tak berbau. Mana nak tahu, benda kita tak sangka boleh bawa kecederaan, kini terjadi sudah kematian.


Serunding Kelapa
Resipi: Tradisi Che CT

Bahan-bahan:
½ biji kelapa parut
garam
50 gm gula melaka
2 sudu besar gula pasir
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis

Bahan Kisar :
2 batang serai
10 tangkai lada kering – lebih kurang 2 sudu besar penuh
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit kunyit hidup, lengkuas dan halia
sedikit ketumbar, jintan putih dan jintan manis
2 susu besar udang kering atau ikan bilis
2 helai daun limau purut - buang urat tengah.

Cara-cara :
1. Goreng kelapa tanpa minyak sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan wangi.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Jangan guna api besar, sederhana saje. Tunggu sehingga agak pekat sedikit.
4. Akhir sekali masukkan kelapa. kemudian terus dikacau sehingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa kemudian bolehlah diangkat.

You Might Also Like

1 comment