Air..ooo..air

9:14 AM

Assalamualaikum.Sarapan lasagna beberapa minggu yang lepas sebelum ketiadaan air. Tapi kali ni kuganti daging dengan ayam kisar segera saja. Resepi boleh lihat DISINI. Untuk kali pertama dalam hidup aku, benar2 bergantung pada air hujan sebagai sumber air. Di kampung dulu pernah takde air selama 2 minggu, tapi kami seronok sebab boleh mandi sungai dan juga ada kolam besar buatan sendiri di rumah jiran. Lepas tu ayah buat kolah besar, jadi kami tak pernah ada masalah air dah. Hari ni cukup 1/2 bulan air takde. Hubby mandi di luar rumah guna air hujan & air diangkut ke dalam rumah untuk aku mandi juga basuh pinggan. Tong ada 4 saja, kini tinggal 1 tong saja, itupun tinggal separuh. Dah tak hujan 2 hari dah.

Awal2 dulu air sungai ni kering. Sekarang air sungai ni dah penuh sampai kawasan jalan raya dah banjir. Tapi masalah pam pula. Pam rosak dan perlu diganti. Semoga Allah beri ilham & panduan kepada pihak atasan nun untuk menyelesaikan masalah ni.

Tangki ni kecil, permintaan banyak. Bila ada yang rosak, walau air sungai banyak pun, masih tak boleh bekalkan air kepada penduduk.

Sekarang guna tractor + tangki untuk hantar air dari satu rumah ke satu rumah. Rumah aku baru sekali dihantar minggu lepas, habis dah pun airnya. Semalam kami ke office hubby untuk ambil air, balik dalam jam 6 petang. Rupanya lepas kami balik ada kemalangan antara tractor ni dan budak. Jadi kematian berlaku semalam. Tadi malam hubby hantar orang untuk ambil mayat yang telah dibawa semasa kemalangan berlaku di Hosp Bintulu.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat & diberi kekuatan pada keluarganya menghadapi dugaan. Al-Fatihah. Sekarang aku dah jadi biasa air takde. Next week keluar nak beli pinggan/sudu polystyrene saja. Habis guna terus buang, tak perlu basuh. Ha..sampai macam tu skali..Baru tahu betapa besarnya nikmat air dari Allah ni.. Lepas ni ada air tak boleh membazir!

You Might Also Like

5 comment

  1. subhanallah.. tak boleh imagine bila takde air macam ni. Dah tulis kat sokkabar ke mel? tulis tulis..

    ReplyDelete
  2. Suratkhabar? pedalaman sangat nih. Ada ka orang mau ambil peduli..hahaha

    Terpaksa sabar jela kak lin. Harapnya hujan lebatlah turun hari ni & cepat2lah yang rosak itu dibaiki.Jadi sekarang boleh tahan lagi, jangan terjadi bulan Ramadan nanti sudah. Naya jak!

    ReplyDelete
  3. fuhh... mmg dugaan tu.. beli tong air besar 2-3 bijik mel, nnti bila ada air terus simpan byk2.

    ReplyDelete
  4. mak aiiii --- masalah xde air ni

    ReplyDelete
  5. Tun- Dalam proses beli tong ni.. Kalau ada rezeki, ada la tong tu muncul, kalau takdak, bertahan saja dgn tadahan air hujan..

    Delimasari- gitula nampaknya masalah ni..berlarutan..berpanjangan..Tuhan saja tahu bila penamatnya kes ni..

    ReplyDelete