Sewing

Handmade | Coin Purse

1:00 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Ada tahun lepas aku beli Fabric Designer Brand yang memang aku terjatuh cinta la sangat masa tengok sampai sanggup beli. Aku kalau boleh tak berapa nak beli fabrik sebegini sebab bukan satu kepentingan pun. Lagipun padaku designer cotton agak mahal kerana kualiti & import dari luar negara. Ada jiran aku ni dia memang tukang jahit & penjual product quilt. Bilik jahit dia ada satu almari yang penuh dengan kain Designer Cotton. Terujalah sangat2 aku tengok. Jeles pun ada tau! Sebab koleksi kain dia sangatlah cantik. Akak tu kata dia suka beli kain, kumpul je dulu. Nanti nak guna baru pakai, kalau tak guna makin bertambahlah. Aku pun sama tapi idakklah banyak sangat macam koleksi dia. Lagipun den tak brape nak mampu beli designer cotton byk2. hihi


Corak Earth Tone Leaves jenama Joann ni memanglah sangat lembut. Dek kerana cantiknya corak ni di mata aku, maka seharusnya ku kongsi dengan orang lain. Dalam tak tahu nak buat apa, ku cuba jahit coin purse. Pernah buat dulu coin purse tapi kali ni kecil saja & nipis saja. Senang je, banyak tutorial di internet yang boleh anda guna. Ataupun beli buku tentang beg dari Jepun yang memang akan tunjuk satu2 cara buatnya. Senang saja nak paham. Alhamdulillah sekarang coin purse ni menjadi milik salah seorang ahli keluargaku.

You Might Also Like

3 comment

  1. wah mel....teranya...boleh ajar kak fiza x...=)

    ReplyDelete
  2. mmg rajin betul laa mel nih. tun tgh teringin nk belajar jahit blouse, susah sgt nk cari blouse yg labuh sket dan cantik. tp kalau ikut pengalaman, mmg biasanya jadi disaster bila tun jahit. hoho.. mmmg xde bakat semulajadi bab menjahit nih.

    ps: dh siap kemas barang ke tu?

    ReplyDelete